BAB 1
“Abang…abang…” laung Puan Zarina dari tingkat bawah.
“Abang…abang…” laung Puan Zarina dari tingkat bawah.
Que
menggeliat malas. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya yang tidak berbaju
ditarik sehingga ke paras dada. Potong stimlah mama ni. Baru plan nak bangun
lambat. Lambat-lambat dia membuka kelopak matanya.
“Ye
mama?” balasnya sambil tangan kanannya menutup mulutnya yang ternganga luas.
Haiyoo…spoil betullah!
“Turunlah.
Nak bangun pukul berapa? Sekarang dah pukul 12.30.”
Automatik,
tubuhnya tegak 90 darjah diatas katil. 12.30? Tidak! Bleach! Ngee…aku dah
lambat. Sepantas kilat dia turun daripada katil. Tuala yang tersidai dicapai
rakus dan terus sahaja dia mengorak langkah ke bilik air yang tersedia di biliknya
itu. Berdentum bunyi pintu bilik air ditutup.
“Abang…”
“Sorry
ma. Tak sengaja.” Jerit Que dari dalam bilik air. Huhuhu…spoil! Pintu yang
bermasalah. Dahlah terbangun lambat. Boleh pulak lupa hari ni ada anime
favourite aku. Hei…adik-adik aku ni pun satu. Manalah diorang? Kalau tak…pepagi
buta dah boleh dengar diorang bertekak. Menjadi ‘jam loceng’ aku. Langsung tak
boleh berjumpa. Macam anjing dengan kucing.
Lima
minit selepas itu, Que keluar dari bilik air. Rambutnya yang basah dilap dengan
tuala kecil yang terletak elok di atas meja studinya. Hahaha…malas nak kemas
bilik. Macam nilah jadinya. Tuala main letak je kat mana-mana ikut suka hati.
Mama pun dah tak larat nak tegur suruh kemas bilik. Sebab kalau mama tegur sure
aku balas macam ni… ‘ala ma, bilik anak lelaki, bujang pun lagi. Standardlah
bilik bersepah. Tu…bilik Azar. Macamlah kemas sangat.’ Last-last mama sure
tarik muka masam. Dah masak sangat.
Baju
t-shirt berwarna putih menjadi pilihan. Dipadankan pula dengan seluar pendek
paras lutut berwarna coklat, dia tampak begitu santai sekali. Selesai menyisir
rambutnya ala kadar, dia terus memboloskan dirinya keluar dari tempat
peraduannya dan menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Anak matanya
meliar ke kiri dan ke kanan. Hmm…sunyinya. Azar dengan adik takde ke?
“Mama…”
jeritnya.
“Apa
abang? Baru bangun dah terjerit-jerit. Nak apa?” balas Puan Zarina. Que
menyengih. Menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Adik
dengan Azar mana? Tak nampak pun…” soalnya sambil anak matanya melilau mencari
kelibat adik-adiknya itu.
“Kat
depan tu haa…entah apa yang dibuatnya daripada tadi. Terlompat-lompat macam
beruk.” Mama menjuihkan bibirnya ke arah laman rumah yang agak luas. Kelihatan
Syed Ashraf Nazaruddin or as know as Azar dan Syarifah Qistina Aleeya, adik
bongsunya sedang ligat terkinja-kinja. Aduhai…apa ajelah budak berdua ni.
“Oklah
ma. Abang nak investigate apa yang diorang buat. Erm…ma, nanti pukul satu
panggil abang tau.”
“Yelah…sibuk
sangat dengan Bleach dia.”
Que
tayang gigi. Tau takpe!
“Oklah
mama. Penyiasat Naqi nak pergi menyiasat apa yang sedang dilakukan oleh
adik-adiknya. Izinkanlah anakanda mama ni berangkat.”
“Silakan
wahai anakandaku.”
“Thank
you m’lady.” Seloroh Que disulami tawa halus dari bibir Puan Zarina.
Macam-macam.
Que mengatur
langkah menghampiri kedua-dua orang adiknya yang tampak khusyuk melompat-lompat
macam beruk, bak kata mama. Dalam otak, macam-macam plan jahat lagi setan telah
direncanakan. Terjingkit-jingkit dia mengatur langkah sebelumlah…
“Abang
Naqi…yang jalan macam penyamun tak bertauliah ni kenapa? Tengah praktis
cara-cara nak menghendap ek?” tiba-tiba Syarifah Qistina Aleeya yang terperasan
akan kehadiran abangnya menegur. Hilang terus idea jahatnya sebentar tadi.
Spoil betullah budak bertuah ni.
“Hmm…korang
buat apa ni?” tegur Que cuba menutup malu. Baru nak kenakan buat berdua ni.
Alih-alih aku yang kena balik.
“Tengah
belajar.” Ringkas Syed Ashraf Nazaruddin membalas. Que mengerutkan dahinya.
Belajar? Kejadahnya belajar kat luar ni? Dengan lagu techno pulak tu. Merepek
apalah si Azar pepagi buta macam ni? Oppss…tengahari buta ni.
“Belajar
mendanya?”
“Belajar
nak buat shuffle la.” Sahut Syarifah Qistina Aleeya atau nama manjanya Qis.
Manja ke? Entahlah. Manjalah kot. Hehehehe…
“Shuffle?
Damn! Mana korang belajar semua ni?” Terbelalak biji matanya mendengarkan
perkataan yang meluncur laju dari celah bibir adik perempuannya yang baru
berusia sebelas tahun. Qis menarik senyuman segaris. Jari telunjuknya menuding
tepat ke arah Azar. Azar buat muka innocent.
“Azar…kau
curi-curi masuk bilik aku lagi eh?”
“Hello…tolong
sikit. Tuduhan yang tak berasas. Aku beli guna duit akulah. Kau ni…nama je
taiko sekolah. Benda-benda macam ni pun tak tahu ke? Dah havoc satu sekolah
pasal shuffle. Takkanlah baru tahu kot.” Sindir Azar dengan senyuman sinis. Que
terlongo. Ceh…aku pulak yang kena.
“Siapa
kata aku baru tahu? Aku up sikit daripada koranglah.” Tukas Que bangga sambil
menyilangkan tangannya ke dada. Azar tarik muka.
“Ek? Lagi
up? Tunjuk sikitlah…” cabar Azar dengan senyuman sinisnya. Que menjungkitkan
sedikit keningnya. Ek ena budak ni. Nak cabar aku pulak. Fine! Jangan lepas ni
kau merayu-rayu kat aku nak belajar sudah.
“Qis…hit
it!”
Qis
segera menekan punat play dan lagu techno rancak berkumandang di udara. Que
sudah memulakan gerak langkahnya. Dia begitu asyik dalam dunianya. Azar
terlongo memandang abangnya. Qis memandang Que dengan penuh taksub. Gilalah!
“Wei…stop!”
kedengaran suara Azar menyuruh berhenti. Serta-merta gerak langkahnya mati. Que
tayang muka riak. Huh! Kagumlah tu…
“So?”
“I give
eight out of ten. Hahaha…tu yang kau kata shuffle? Budak kecik pun boleh buat.”
Sinis nada suara Azar. Namun, hakikatnya…menggeletar kepala lututnya melihatkan
abangnya itu. Saja nak tunjuk hebat! Kata anak lelaki…siapa yang nak tunjukkan
kelemahan diri sendiri? Even dengan abang sendiri pun jangan haraplah. Azar
menarik senyum segaris. Que menjungkitkan bahunya bersahaja. Lantak kaulah
Azar.
“Abang…abang…”
tiba-tiba suara mama memecahkan suasana.
“Yes my
love?”
“Your
favourite anime dah start…”
“Okay…”
balas Que. Wajah adik-adiknya dipandang lama.
“Hmm…nak
aku ajar ke Azar? Free. No charge. Nak?” duga Que dengan senyuman tersedia di
bibirnya. Azar memuncungkan bibirnya. Que tergelak kecil.
“Kalau
tak nak…aku bukak offer kat Qis. Adik…adik nak abang ajar?” sengaja Que berbuat
demikian dengan niat hendak menyakitkan hati adiknya itu. Hmm…dah 17 tahun aku
dengan kau. Macamlah aku tak tahu apa yang bermain kat otak kau tu, Azar.
“Fine!
You teach…I learn…but with one condition…”
“Yes? Hit
it!”
“Aku tak
nak kau bagitahu sesiapa pun yang kau ajar aku.”
“Reason?”
“Malu.”
“Malu?”
Meletus tawa dari celah bibir Que yang kemerahan. Wajah Azar di hadapannya
dipandang penuh minat.
“Kenapa?”
“Yelah…kau
tu taiko kat sekolah. Aku…prefect kat sekolah. Hari-hari nama kau je yang naik
dalam buku rekod disiplin. Demerit entah berapa banyak bebudak aku bagi.” Omel
Azar dengan wajah mencuka. Que menyengih. Ek?
“Haa…tu
kau berurusanlah dengan vice head girl kesayangan korang. What’s her name? Ah,
Izyan Akasyah. Dia yang bertanggungjawab buat aku jadi popular dalam buku rekod
disiplin.” Que mengoyak senyuman tanpa perisa. Azar menggelengkan kepalanya.
“What’s
your problem? Kau ada cari gaduh dengan kak Syah ke?” soal Azar dengan dahi
dikerutkan. Que menjungkitkan bahu.
“Dahlah.
Aku nak layan Bleach. Nak join tak?”
“Of
courselah. Ingat boleh lepas ke? Dahlah hari ni Ichigo lawan dengan Zaraki
Kenpachi. Gilalah! Boleh kemaruk aku macam ni.” Azar menyengih. Que tergelak
kecil. Anime maniac in da house!
“Okay…let’s
conquer the tv. Mama…orange juice please…” laung Que dari arah luar rumah.
“Buat
sendiri.” Balas Puan Zarina.
Terburai tawa mereka bertiga
mendengarkan jawapan Puan Zarina. Hmm…dah agak! Saja je nak test. Mana tahu
kot-kot mama tetiba je nak buatkan air. Hehehe…pemalas!
4 comments:
cepatla sambung hehehehe
haha tunggu....
Best... salam perkenalan, jemput baca novel saya lak...hehe...tp baru 2 bab jer...
http://intanzulhilmi.blogspot.com/search/label/Novel%20Bersiri
salam pekenalan.. terima kasih sudi baca tapi bukan karya saya... :) niat hanya utk berkongsi...
Post a Comment