LEMONADE 5

Lemonade 5

BAB 5

Pecah tawa enam sekawan itu mendengarkan cerita Que. Sakit perut mereka kerana terlalu banyak gelak. Wajah Poji yang putih bersih sudah merona merah. Que tayang gigi sebaik selesai menyampaikan ‘berita’ sensasi itu. Sesekali masih terdengar sisa tawa dari salah seorang di antara mereka berenam. Lawak habis.

“Kejamlah kau Que. Mesti muka dia merah gila time tu.” Ulas Am dengan senyum yang terukir pada sepasang bibirnya. Que mengoyak senyuman nipis. Bahunya dijungkitkan. Masih terbayang-bayang di ruang matanya wajah Syah yang merah menahan malu. Hehehe…comel!

“Yang kau pergi menyorok belakang pokok tu buat hape?” soal Juan sambil kening kanannya dijungkitkan. Que menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Sengihan masih setia terukir pada seulas bibirnya.

“Saja. Buang tebiat. Hehehe…Korang gila apa nak bagi choki choki kat public? Jatuh saham beb. Aku dahlah taiko sekolah. Beli choki choki? Eee…gila kelakar. Mahu tak kena bahan satu sekolah.” Terjuih-juih bibir Que menuturkannya dengan dahi yang berkerut seribu. Juan menyengih. Betul jugak!

“Tak pasal-pasal si Syah tu fikir yang bukan-bukan. Kesian ooo…” Sekali lagi pecah tawa mereka berenam. Suasana di restoran itu lengang. Maklumlah, waktu sekolah. Siapa yang nak melepak time-time macam ni? Jadi, mereka berenamlah yang memeriahkan restoran itu pada waktu petang sebegitu.

“Dah tu? Dia tak kata apa-apa ke?”

“Hmm…tak! Tapi, muka dia…fuh…menyeramkan siot! Ketaq lutut…” Terhambur tawa mereka buat kesekian kalinya. Que menyengih. Mulutnya masih lagi tak lekang dengan senyuman. Tiap kali mengingati insiden di taman mini sekolah tadi, automatik, dia akan mengoyak senyuman segaris. Kelakar!

“Kau tak mintak maaf ke?”

“Hehehe…aku mintak maaf? Jatuhlah standard aku.” Que tergelak sinis. Apa punya otak daa…mintak maaf? Que? Catat rekodlah tu.

“Rugi aku takde kat situ time tu. Kalau tak…ish…rugi…rugi…” sela Poji dengan senyuman nakalnya. Am, Juan Que dan Keyol menarik senyuman segaris. Hehehe…faham sangat apa yang ada kat kepala otak dia ni. Nak rakam babak yang memalukan tu, then jual kat satu sekolah. Bukannya aku tak tahu aktiviti mamat sorang ni. Dengar cerita, tahun lepas dia berjaya memalukan seorang *senpai perempuan ni sampaikan tiga minggu dia tak datang sekolah. Hebat tak hebat si Poji ni atau namanya Muhammad Fauzi Azsfar.

“Aku rasakan, sure dia bertambah bengang kat kau. Makin banyaklah kesalahan kau dia observe.” Giat Keyol sambil mengenyitkan matanya. Que sambung gelak. Jari telunjuknya galak memainkan kunci motosikal RXZ kesayangannya. Otaknya ligat memikirkan akan kemungkinan yang bakal berlaku. Hmm…sounds great to me! Hehehe…

“Makin lama, aku rasa makin seronok.”

“Meaning?” serentak kelima-lima mereka menyoal sebaik melihatkan wajah Que seolah-olah berpuas hati dengan segala apa yang berlaku. Langsung tak takut. Cuak apatah lagi.

“Aku rasa makin seronok kenakan dia. Permainan baru nak bermula. Just wait and see, guys.” Que tersenyum sendirian.


“AZAR, akak tak puas hati betul dengan your bro. Okay, fine! Akak tahu Azar akan back up abang Azar tapi…this is too much! I can’t stand it anymore. Can’t you do something?” luah Syah dengan wajah simpati. Azar di hadapannya dipandang lama. Cukuplah dia menanggung amarah selama ini. Sampai bila dia akan terus makan hati dengan sikap lelaki itu yang perangainya macam nak kena humban dalam lori DBKL? Sampai bila? Syah mengeluh lemah.

Azar menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Azar tak tahulah kak. Dah berbuih mulut Azar suruh dia tak buat akak bengang.” Balas Azar dengan nada rendah. Sebenarnya, dia masih belum reda dengan perasaan terkejutnya sebentar tadi. Mana taknya? Tiba-tiba je namanya dipanggil sewaktu dia sedang khusyuk membuat discussion bersama-sama kawan-kawannya di kantin tadi. Katanya ada hal penting. Merenik peluh di dahinya. Manalah tahu dia ada membuat kesalahan. Rupa-rupanya…

“Tolonglah, Zar. Akak betul-betul tak tahan. Boleh gila akak macam ni.” pinta Syah bersungguh-sungguh. Azar menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba meredakan gelora perasaannya. Abang Naqi…

“Hmm…takpelah kak. Malam ni Azar try slow talk dengan dia. Tapi…Azar tak janji yang semuanya akan okay.” Ujar Azar tenang. Syah tersenyum lebar. Bersinar-sinar anak matanya mendengarkan kata-kata Azar. Seolah-olah memberinya sinar baru untuk terus hidup.

“Thanks Azar. Thank you so much.” Gembira bukan kepalang Syah waktu itu. Terasa mahu sahaja dia melompat kegirangan. Nasib baiklah budak ni ada. Kalau tak memang dah lama aku melompat macam orang gila.


MENDERUM bunyi motosikal Que di kawasan parkir basikal di sekolahnya. Megah dengan motor RXZ berwarna hitam metallic kesayangannya itu. Azar yang baru melangkah ke kawasan parkir itu menghadiahkan jelingan tajam buat abangnya itu. Que tayang muka sekupang. Azar mendengus. Perangai tak berubah!

“Apasal lambat sangat? Lama aku tercongok kat sini. Tu…berapa deret awek asyik usha aku? Malu dowh!” seloroh Que cuba meredakan suasana yang mulai terasa tegangnya. Dengan wajah yang iras-iras Ashraf Muslim, memang seringkali dia menjadi tarikan gadis-gadis atau pelajar-pelajar perempuan yang lalu lalang di kaki lima itu. Azar masih dengan wajah seriusnya. Tanpa segaris senyuman. Que menggaru-garu kepalanya.

“Wei, aku cakap dengan kau ke dengan tiang ni?”

“Kau diam boleh tak? Bawak jelah motor tu. Banyak pulak membebelnya.” Sergah Azar dengan wajah mencuka. Que mencebir. Heh! Nak bergurau sikit pun tak boleh. Helmet berwarna hitam dihulurkan kepada Azar. Azar mencapainya dan terus disarungkan kepala tanpa sepatah kata yang meniti bibirnya.

Azar melabuhkan punggungnya di tempat duduk belakang. Tak sampai beberapa saat, motosikal Que meluncur megah di atas jalanraya. Masing-masing bisu tanpa kata. Hanya bunyi angin dan bunyi bising kenderaan di atas jalanraya yang menjadi halwa telinga mereka berdua. Selebihnya, mereka lebih senang membisu.


PINTU rumah ditolak kasar dari luar. Terkejut Que melihatkan tindakan Azar. Terus hilang khayalannya sebentar tadi. Ek ena budak ni. Angin semacam je? Datang bulan ke? Deyh…sejak bila lelaki boleh datang bulan? Que menepuk dahinya. Pantas helmet yang dipakainya ditanggalkan dan diletakkan di atas rak kasut. Langkah kaki diatur laju memasuki rumah. Anak matanya meliar mencari kelibat Azar. Hmm…takde. Mana pulak budak ni pergi?

Pintu kayu rumahnya ditutup rapat. Sesekali kepalanya terjengah-jengah mencari susuk tubuh Azar sambil kakinya mengatur langkah ke arah ruang tamu. Tubuhnya dihempaskan ke sofa melepaskan lelah selepas sehari suntuk berada di sekolah. Ini semua gara-gara Azarlah. Ada discussion konon. Entah ye entah tak discussion. Rungut Que di dalam hati. Remote control di atas coffee table dicapai lantas dia menekan punatnya. Mencari siaran yang menarik.

Dari tingkat atas, Azar melangkah penuh gaya menghampiri abangnya yang sedang sedap melandingkan badannya di atas sofa berwarna biru gelap itu. Azar berdehem. Cuba menarik perhatian abangnya supaya menalakan pandangannya kepadanya. Seperti yang dia hendakkan, Que segera melarikan pandangannya dari skrin televisyen ke wajahnya yang handsome ala-ala pelakon dan artis Korea yang terkenal, Bi Rain. Ehem…diulangi. Ala-ala je. Hakikatnya, handsome lagi aku daripada Bi Rain. Ahaksss…

“Kau kenapa, Zar? Moody semacam je?” tegur Que prihatin dengan dahi yang berkerut. Azar mendengus kasar.

“Sebab kaulah.”

Que tayang muka pelik.

“Aku pulak? Aku buat apa je?” soal Que laju. Akalnya ligat berfikir mencari kesalahan yang telah dilakukan. Aku buat apa?

“Kau ni kan…tak kesian ke kat kak Syah? Balik-balik aku jugak yang kena.” Rungut Azar dengan wajah yang sengaja dibuat ala-ala sedih dan tertekan. Que menghamburkan tawanya. Ek eleh…tu je ke? Ingat apalah tadi. Balik-balik kak Syah. Balik-balik kak Syah. Dah takde nama lain ke? Meluatlah! Gerutunya.

“Hehehe…tahan jelah. Kak Syah tu kan akak kesayangan kau…” sindir Que dengan wajah selamba. Azar mengetap bibirnya. Memanglah abangnya yang sorang ni berhati batu. Bukan batu dah. Berhati konkrit! Masalah.

“Naqi…aku mintak tolong sesangat. Bantulah adik kau yang terchenta ni. Kau nak biarkan aku punya telinga ni menadah maki hamun dia pasal kau ke?” rayu Azar dengan wajah simpati. Anak matanya sengaja dikerdipkan beberapa kali ala-ala sedih yang teramat sangat. Que menjuihkan bibirnya. Taktik lama! Tak mainlah…

“Ala, lama-lama diamlah dia tu. Aku baru je nak berseronok. Janganlah spoil the fun. Kau layan je…”

“Senanglah kau cakap sebab bukan kau yang tanggung. Aku yang menderita tau tak?” bentak Azar keras. Que menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Azar…kalau kau tak nak dengar dia membebel pasal aku, tak payahlah tayang muka kau kat dia. Senang! Mission accomplished.”

“Mission accomplished hotak kau. Eee…penatlah cakap dengan kau ni. Macam cakap dengan kerusi.” Azar menarik muncung sedepa. Meletus tawa kecil dari celah bibir Que. Dengan penuh lemah-lembut, tangan adiknya dicapai lantas ditarik mendekatinya. Azar hanya menurut tanpa banyak soal.

“Azar, kau just tutup mata, pekakkan telinga. Anggap macam nothing is happen. Ada sesuatu yang aku perlu langsaikan dengan dia.” perlahan Que menutur kata. Penuh teliti ayatnya disusun. Terkebil-kebil Azar memandang wajah Que.

“Could you do that, Syed Ashraf Nazaruddin?” pinta Que. Azar tampak teragak-agak untuk memberikan jawapan. Hatinya seboleh mungkin ingin menyebelahi abangnya itu tapi, memikirkan dia adalah dibawah kuasa Izyan Akasyah, akalnya segera menolak. Argh…susahnya!

“Azar…please…” rayu Que lagi. Azar mengeluh berat.

“Fine! I’ll help you. Tapi, aku tak beri jaminan. Jangan fikir kau abang aku, aku takkan ambik tindakan kalau tindakan kau diluar kawalan.” Gertak Azar dengan wajah serius. Que mengangguk. Ala, relaxlah. Kalau diluar kawalan sekalipun, pepandailah aku cover. Hahaha…macam tak biasa. Que tergelak sendiri dalam hati. Izyan Akasyah, jangan haraplah kau akan aman.