LEMONADE BAB 6

                         LEMONADE BAB 6                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Que meneliti kertas berwarna biru lembut ditangannya. Setiap ayat yang tertaip di atasnya dibaca dengan perasaan berdebar-debar dan perasaan tak percaya. Hampir-hampir sahaja dia pitam membaca ayat terakhir di dalam kertas itu.
Sudilah kiranya awak menerima huluran slm p’knln
dri saya. Suatu hari nnti, kte akan b’temu jua. Jgn khuatir,
sy ikhlas.

Yg meminatimu dri jauh,
Mystery woman….



Semput nafas Que jadinya. Terbelalak biji mata Am, Juan, Dan, Keyol dan Poji yang turut membaca surat misteri itu. Entah daripada siapa mereka sendiri pun tak dapat menekanya. Sedar-sedar surat itu dah pun ada, terselit di dalam buku Add Math Que. Nak tergelak pun ada. Tak pernah terjangkau dek akal waras mereka, orang seperti Que mempunyai secret admirer. Dahlah kaki bawak masalah kat sekolah, tapi…senakal-nakal Que pun, dia pernah mengharumkan nama sekolah apabila muncul sebagai Juara Pidato Kebangsaan. Hebat tak hebat mamat ni? Hehehe…
Dan menumbuk kuat bahu Que. Que mengaduh kecil. Tajam anak matanya menikam seraut wajah Dan yang mengukir senyum kambing.

“Apa perasaan kau sekarang?”

Que diam. Tak berkutik. Anak matanya kembali ditalakan pada isi surat tersebut. Beberapa kali matanya digenyeh-genyeh. Cuba mengusir kewujudan kertas berserta ayat di dalamnya tapi…argh! Batinnya menjerit. Firasatnya dapat merasakan seolah-olah ada orang yang cuba mempermainkannya tapi, siapa? Syah? Argh! Si stonecold tu…takkanlah dia. Tapi, ada kemungkinan jugakkan?

“Que…hello. Takkanlah kau happy sampai takde respons kot?” tegur Juan dengan senyuman mengejek. Que meraup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya. Mimpi kot…tapi, kalau mimpi takkanlah rasa sakit bila Dan tumbuk aku tadi.

“Que…”

“Aku rasa…”

Kelima-lima mereka terdiam. Anak mata mereka terpaku pada seraut wajah Que yang iras-iras Ashraf Muslim dalam versi evil. Menantikan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Que. Que mengeluh.

“Aku rasa ada orang saja nak kenakan aku.” Terluah juga apa yang difikirkannya sedari tadi. Que menggeleng dengan wajah serius.

Meledak tawa mereka berlima mendengarkan kata-kata Que. Namun, melihatkan raut wajah Que yang serius, terus tawa mereka mati. Tak berani mereka hendak menyambung gelak mereka melihatkan wajah Que tika itu. Memang sengaja menempah bala kalau mereka terus-terusan gelak macam kena histeria.

“Dah puas gelak?” tajam nada Que menyindir. Keyol dan Juan tayang gigi. Poji, Dan dan Am menelan air liur mereka satu persatu. Kecut perut mereka mendengarkan nada suara Que waktu itu. Aiyok…Que the Devil dah bangkit dari tidurnya. CABUT!

“Sorrylah Que. Kitorang…erm…kitorang…”

“Korang seronokkan ketawakan aku? Fine! Gelaklah puas-puas sampai tercabut anak tekak korang tu.” Hambur Que dengan nada yang cuba dikawal. Kalau melengking kat dalam kelas, alamatnya, tersebar luaslah berita tentang surat ‘cinta’ ni. Lagilah masalah! Spoil betul!

“Que, sorrylah. Kitorang bukan gelakkan kau. Kitorang cuma…”

“Dahlah. Aku nak buat Add Math. Takde mood nak layan korang.” Pintas Que laju sebelum sempat Keyol menghabiskan ayatnya. Masing-masing mengeluh hampa. Inilah padahnya kalau Que dah marah. Korang cakaplah sampai nak tercabut anak tekak sekalipun jangan harap dia nak layan. Korang baru nak cakap dua ayat je, sure dia potong. Macam tadilah. Masalah. Tu nasib baik sempat cakap berpatah-patah ayat.

“Que…”

“Kan aku dah cakap tadi. Aku takde mood. Korang sambunglah gelak korang tadi.” Bentak Que dengan matanya tajam menikam wajah setiap kawan-kawannya. Kelima-lima mereka menundukkan wajah. Tak berani nak bertentangan mata dengan Que saat ini. Macam menerima hukuman gantung mandatori kalau berlawan mata dengan dia time Que the Devil bangkit dari tidur.

Que menyandar malas pada kerusinya. Buku teks Add Math serta buku tulis dikeluarkan dari laci meja dan diletakkan di atas permukaan meja. Tangannya mencapai pensel mekanikal kesayangannya, hadiah daripada Qis, adik bongsunya sewaktu hari lahirnya yang ke-15. Tangannya lincah melakarkan sesuatu di atas kertas A4 sebelum tangannya mencapai pula pen berwarna biru dan dia terus tenggelam menyelesaikan latihan Add Math yang diberikan oleh Encik Nazar.


“ERM…Que.” Que tersentak. Jalan penyelesaian Add Math mati separuh jalan. Kepalanya segera diangkat mencari tuan empunya suara.

“Yes?” balas Que.

 Langsung tiada senyuman yang terukir pada sepasang bibirnya.
“Could you help me with this question? I can’t solve it” ujar Syakirin Afifah, pelajar yang erm…boleh dikatakan cantik dalam kelasnya. Kalau nak diikutkan, Syakirin taklah cantik mana tapi, wajahnya sejuk mata memandang. Ala-ala cute gitu. Tak terlampau cantik, tak terlampau hodoh. Hehehe…jahatnya!

“Soalan yang mana?” tanya Que sambil anak matanya meneliti soalan Add Math dihadapannya. Jari telunjuk Syakirin menunjukkan soalan yang tak dapat diselesaikan. Que mengangguk kecil lantas sebuah senyuman terukir di bibirnya.

“Kacang! Come…let me show how to solve it.”

Syakirin merapatkan tubuhnya. Anak matanya jatuh pada tangan Que yang rancak menyelesaikan soalan di hadapannya tanpa sebarang kesulitan. Hebatnya! Puji Syakirin. Setiap butir bicara yang keluar dari mulut Que didengar dengan teliti. Penerangan yang cukup ringkas dan mudah difahami. Taklah berbelit. Syakirin tersenyum lebar.

“Thanks Que. I owe you one.”

“Naa…small matter. Kalau ada masalah, tanya jelah. Aku tak makan orang.” Seloroh Que. Syakirin tergelak kecil.

“Oklah. Catch you later. Thanks again.” Ujar Syakirin dan terus berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih berkali-kali pada Que. Que hanya menyambut ucapan itu dengan senyuman. Ala, takat tolong soalan macam tu…apalah sangat. Tak payahlah nak berterima kasih sampai macam tu. Tapi, alhamdulillah. At least, ada jugak perempuan berani nak tegur aku. Hahaha…kalau tak, sampai kucing bertanduklah aku kena tunggu. Teruk sangat ke aku ni sampai orang tak berani nak tegur? Argh…lantaklah. Aku kisah apa? Aku still ada diorang. Segera wajahnya ditalakan ke arah kawan-kawannya yang sedang rancak berborak tanpa menyedari mereka diperhatikan.


DARI mejanya, Syah memerhatikan setiap gerak geri Que. Hampir-hampir sahaja dia menghamburkan tawanya melihatkan wajah Que yang tampak tak keruan sebaik selesai membaca surat yang diselitnya di dalam buku Add Math Que. Syah mengukir senyuman puas. Akalnya ligat merencanakan satu lagi plan jahat untuk mengenakan Que. Heh! Ingat dia sorang je boleh kenakan orang? Aku pun bolehlah, Syed Ashraf Naqiuddin. Just wait and see…

“Hoi…” sergah Sofea dari belakang. Syah tersentak. Habis hilang semua angan-angan dan plan jahatnya tadi. Ish…minah ni. Kacau daun betul.

“Haa…tengok apa tu? Tengok Que eh?” sakat Sofea dengan keningnya sengaja dijungkitkan. Syah mencebir.

“Buat apa? Baik aku tengok pokok-pokok tu. Sejuk mata memandang…”
“Eleh…sejuk mata memandang konon. Cakap jelah yang kau dah tangkap cintan kat mamat tu. Nak sorok-sorok pulak.” Sindir Sofea sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Syah. Syah tergelak. Buat lawak apa? Aku? Tangkap cintan? Dengan dia? Selisih malaikat empat puluh empat. Tak hingin aku!

“Ya…berapa ribu kali aku nak cakap yang aku tak berkenan dengan mamat yang perangai…”
“Macam nak kena humban dalam lori DBKL. Ok…aku dah lengkapkan ayat kau. Syah, ayat kau aku dah hafal.” Sofea menyengih sambil menepuk lembut bahu Syah.

“Dah tahu saja buat-buat tak tahu.” tukas Syah dengan wajah mencuka. Sofea tersenyum kelat. Hailah kawan aku sorang ni…“Syah ooo Syah. Bukannya aku buat-buat tak tahu tapi, kau tak pernah terfikir ke pasal kemungkinan yang mungkin terjadi? I mean…both of you fall in love?”

“What? Are you nuts?
Ya, karutlah semua tu. Jangan percayalah. Banyak sangat baca novellah kau ni. Cuba jadi macam aku. Baca komik. Lagi bagus!” Syah tayang gigi. Sofea menepuk dahinya. Penat mulutnya memberikan segala macam kemungkinan. Namun, semuanya ditolak mentah-mentah oleh Syah. Tapi, benda tu tak mustahil berlaku. Betul tak? Ego tinggi!

“Suka hati kaulah Syah. Wei…kau dah siap kerja Add Math? Ajarkan aku…” rayu Sofea dengan wajah sekupangnya. Syah tergelak kecil. Ya…Ya…tak sudah-sudah dengan muka sekupang dia tu.
“Kau ambik buku aku jelah. Malas aku nak ajar.”

“Tak nak! Nanti aku bengap. Kau ajarkanlah…”

“Malaslah.”

“Syah…please…”

“Malas.”

“Syah…”

“Suruh Que ajar.” Laju ayat itu meniti di bibirnya. Sofea tersedak.

“Suruh siapa?”

“Que.” Ringkas Syah membalas tanpa menyedari sepasang mata milik Sofea sedang galak melihatnya atas bawah. Syah terdiam sejenak. Wait a sec! What did I just said before? Ya ALLAH…
Syah segera mengalihkan pandangannya ke arah Sofea. Sofea yang seakan-akan memahami apa yang sedang bermain di fikiran Syah hanya menganggukkan kepalanya. Syah menepuk dahinya. Macam manalah aku boleh tersasul sebut nama dia?

“Kau biar betul, Syah. Bukan ke nama dia pun kau allergic nak sebut?”

“Aduh, apasallah dengan kepala aku hari ni? Sah! Nak kena pergi hantar servis.”

“See…I’ve told you. Korang gaduh hari-hari sampaikan nama pun tersebut-sebut.” Sinis Sofea menyindir. Anak matanya masih lagi melekat pada seraut wajah Syah yang sedang tersenyum kelat. Menggelabahlah tu.

“Dahlah. I keep it as a secret. Between us. Aku takkan bagitahu sesiapa.” Ujar Sofea meredakan gelora hati Syah. Bersinar-sinar anak mata Syah mendengarkannya.

“Oh, Ya. Thank you so much. You are the best!”

“I know.” Sofea membalas selamba. Syah tergelak kecil. Pinggang Sofea lantas dicubit geram. Sofea meraung kecil dan kemudian, meletus tawa kecil dari celah bibir mereka berdua.





P/S : Kalau-kalau ada yang menunggu cerita ni maaf dah lama tak menulis, banyak kekangan masa dan masalah-masalah lain yang tak dapat dihalang. harap anda semua happy! enjoyyyyy

Motivated story in Life


Bismillah



1. Everyone Has a Story in Life

A 24 year old boy seeing out from the train’s window shouted…
“Dad, look the trees are going behind!”
Dad smiled and a young couple sitting nearby, looked at the 24 year old’s childish behavior with pity, suddenly he again exclaimed…
“Dad, look the clouds are running with us!”
The couple couldn’t resist and said to the old man…
“Why don’t you take your son to a good doctor?”The old man smiled and said…“I did and we are just coming from the hospital, my son was blind from birth, he just got his eyes today.
Every single person on the planet has a story. Don’t judge people before you truly know them. The truth might surprise you.

2.Potatoes, Eggs, and Coffee Beans
Once upon a time a daughter complained to her father that her life was miserable and that she didn’t know how she was going to make it. She was tired of fighting and struggling all the time. It seemed just as one problem was solved, another one soon followed.
Her father, a chef, took her to the kitchen. He filled three pots with water and placed each on a high fire. Once the three pots began to boil, he placed potatoes in one pot, eggs in the second pot, and ground coffee beans in the third pot.
He then let them sit and boil, without saying a word to his daughter. The daughter, moaned and impatiently waited, wondering what he was doing.
After twenty minutes he turned off the burners. He took the potatoes out of the pot and placed them in a bowl. He pulled the eggs out and placed them in a bowl.
He then ladled the coffee out and placed it in a cup. Turning to her he asked. “Daughter, what do you see?”
“Potatoes, eggs, and coffee,” she hastily replied.
“Look closer,” he said, “and touch the potatoes.” She did and noted that they were soft. He then asked her to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg. Finally, he asked her to sip the coffee. Its rich aroma brought a smile to her face.
“Father, what does this mean?” she asked.
He then explained that the potatoes, the eggs and coffee beans had each faced the same adversity– the boiling water.
However, each one reacted differently.
The potato went in strong, hard, and unrelenting, but in boiling water, it became soft and weak.
The egg was fragile, with the thin outer shell protecting its liquid interior until it was put in the boiling water. Then the inside of the egg became hard.
However, the ground coffee beans were unique. After they were exposed to the boiling water, they changed the water and created something new. 
“Which are you,” he asked his daughter. “When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a potato, an egg, or a coffee bean ? “
Moral:In life, things happen around us, things happen to us, but the only thing that truly matters is what happens within us.
Which one are you?