MY DAD MY HERO

Hari ni terdetik kat hati aku yang lagi seminggu besday ayah dan aku x dapat nak sambut... ya ALLAH sedih sangat... huhu dan sebab itu aku nak kongsikan satu cerita pasal pengorbanan seorang ayah yang x pernah kita sedari selama ni...

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan menciumm kamu??


AYAH ADIK SAYANG AYAH... YOU ARE MY HERO UNTIL JANNAH... 

disaster

hari ni mmg mood aku tuggang langgang... asal la aku clumsy sangat bagi hilang cicin yang mak bagi tu... huhu serius mmg sedih sangat... waaa nak nangis... dah la telefon pon rosak... sabar nia sabar...
sungguh aku sayang cincin tuh... lama  dah dia dengan jari aku,,,wuuuu....
aku tau aku x sekuat mana tapi aku cuba...





Seorang wanita itu...



Bismillahirrahmanirrahim ,,,

Ketahuilah sekasar-kasarnya seorang wanita sudah pasti masih tersimpan kelembutan di baliknya. Wanita dilembutkan hatinya untuk memberikan rasa ketenteraman.
Kelembutan seorang wanita adalah fitrah dari Allah Subhanahu WaTa'ala . Agar dia mampu memberikan rasa kasih sayang untuk orang2 tercintanya.

Sebenci-bencinya seorang wanita sudah pasti masih tersimpan rasa sayang di baliknya. Walaupun terkadang belum mampu diungkapkan dengan kata2. Karana emosi mungkin tengah menguasai dirinya.

Semarah-marahnya seorang wanita sudah pasti akan reda juga pada akhirnya. Kadang seorang wanita mencari pelampiasan diri untuk mengungkapkan perasaannya. Walau kebanyakan ada rasa penyesalan setelahnya.

Seorang wanita diteguhkan hatinya untuk tetap bertahan disaat yang lain mulai menyerah. Ia laksana batu karang yang tak mudah roboh oleh kerasnya hempasan ombak yang datang menguji kekuatannya.

:: Untukmu Kaum Adam :

Hargailah wanita. Jangan suka mengungkit-ungkit kesalahannya jika dia sudah meminta maaf serta menyadari kekhilafannya. Kerana jika tidak, maka akan kembali membangkitkan emosi yang telah reda sebelumnya.

:: Untukmu Kaum Hawa :

Belajarlah untuk setia dan berbakti kepada satu lelaki. Iaitu hanya untuk pasangan halalmu saja. Walau diluar sana banyak lelaki menawarkan berjuta keindahan yang pada hakikatnya hanyalah kebahagiaan semu.

Bujuklah hati agar menyadari bahwa kebahagiaan sejati adalah ketika dirimu mampu menaklukkan rasa dalam egomu untuk meraih kebaikan dan kebahagiaan bersama.

 ~luahan rasa pemilik hati ~

thanks for reading :)

Doa pendekat jodoh

usha punya usha encik google terjumpa satu gambar ni...


moga ALLAH memakbulkan doa kita.. amiinnn

part of my life

salam ukhwah
salam jumaat
salam 1MALAYSIA..

Hari ni nak gosip2 pasal my lovely kampung...
Petang tadi mak call anak dia.. sapa lagi eden la tuh... haa mak bgtau pasal kambing yang mak ngn ayah bela dah beranak(terbesalin) pagi tadi... wuuuuu best2... anak kembar u all... haha poyooss... yes family aku bela kambing...
kitorang ni bukan bela kambing ja... ada ayam... ada itik... ada kucing ofcost.. ada ikan... lastly ada kura kura... haha dah mcm mini zoo dah kan... hee well family aku ni ada simtom mesra haiwan so jangan terkejut lah ya...
actully bukan kambing ja ada ahli keluarga baru tapi may lovely cat pon baru ja ada a new born baby kitten...
wuu ni yang bikin aden x sabo nak balik cuti sem break ni... wuhuuuu...
and mak bagitau lagi my kura-kura dah ada tempat lepak baru... seronok la diorang merendamkan diri...hahaha ~
eden dah mula rindu dekat my pats... err actually my parent pats pasal diorang yang bela... hihik...
heee that all... feel free to share my lovely pats dengan korang but x semua la... hee happy seeing...



lovely cats
cik kura-kura saya

anak kambing saya

my bushuk

err ni kat zooo *peach*
thanks for lend ur eyes n mouth :)

Pahit manis hidupku

lama sangat rasa x merapu kat sini.. hoho poyos ja..
ok bukan apa lately agak buzzy dengan asigment yang berlambak2 tambah pulak midterm exam yang duk tunggu hari ja nak muncul... fewww... (alasan je ni)
ok satu alasan lagi sebab aku kena buat video....gila rasa serik dah nak buat video...huuuu mana nak kejar deadline lagi nak tulis skrip lagi... yeeee aku kena tulis skrip... fine....  huhu punya la mcm nak gila aku dengan kawan aku mendownload movie maker... last2 dua2 laptop kena masuk virus... padan muka comel aku ni... huhu nasib baik la kawan aku dah buat video tu sikit... tinggal nak repair apa yang patut ja... tu pon pukul 3 pagi duk edit x siap lagi... nasib baik la ada jasa cik youtube bagi pertolongan... and then ingat siap dah tapi x siap2 jugak lagi...  x jd burn cd... huwarghhh rasa mcm nak nangis... tapi kuasa ALLAH... setiap masalah ada penyelesaiannya.. nasib baik kawan kepada kawan kau tolong buatkan dvd tu,..and then taraaa jadilah sebuah video yang emmm agak poyos terbaikkk dari ladang... errr x la terbaik sangat sbb sound x clear... the best part is kami org first yang kena present... hahaha maluuu tahap mcm nak masuk sembunyi bawah kerusi ja.. yang kawan aku boleh relex siap mkn krepek pisang lagi... hampess betul... ngeee ~
ok sekarang aku rasa mcm kat awang-awangan sebab satu beban dah lepas.... horeyyyyyyy tapi mata aku jd mata panda... huwaaaa...x comel dah...oppss...
comel kan mcm aku.
hmmm actually bulan mac ni banyak benda yang jadi kat aku.. x kira la sama ada yang baik mahupon yang kurang baik... ok mula2 aku rasa sangat excited sebab  first time dlm hidup aku dapat face to face dengan bapak permodenan negara.. ala sapa lagi kalau bukan Tun Dr Mahathir Mohammad dengan wife dia... fuhhhh teruja habis.. dapat dengar dia berucap..ye la sebelum ni aku duk tengok dia kat tv ja pon tu pon masa kecik2... alhamdulillah...  banyak tips2 berguna yang dia bagi sesuai dengan peranan aku sebagai mahasiswi..


the best moment
then uni aku ni banyak event sebenarnya diorang anjurkan.. so salah satunya event sempena hari wanita sedunia.. iaitu minggu inspirasi sanubari (MIS).. event ini untuk wanita tapi yang half2 tu nak masuk pon boleh... hee x delah... lelaki pon boleh masuk sebab dia adakan satu ceramah khas sempena malam penutup.. aku mulanya malas nak pegi tapi biasa la kawan aku ajak p.. so sebagai kawan yang baik sangat.. aku pon pegi la.. so aku pon beli tiket..  rupa2nya ceramah tu memang best n gempak habis la.. mana xnya tetamu yg dijemput pon mmg the best la... tetamu  dia Ust Zamri mantop, Ust Amin Idris(tv alhijrah) dengan juara solehah, Amie Sofea... mula2 tu aku x ambik tau pon pasal amin idris ni.. tapi bila dia bbagi ceramah tu mmg aku suka sangat.. memang best... lawak.. cara dia tarik perhatian audian tu... waaa.... rupa2nya dia convert sebab dia sarawakian.. tapi sekarang dia tinggal di kelate... part paling best bila dia nyanyi n masa dia cerita pasal peristiwa masa dia jd pengacara tilawah al Quran peringkat antarabangsa masa 2008.. kawan dia masa tu salah sebut. asalnya nak sebut "wah besarnya replika al Quran ni" tapi kawan dia p sebut "wah besarnya reptilia ini" hahaha dia kata cuba bayangkan muka orang yang tengah tahan gelak tapi x leh nak gelak sebab tengah live... hahaha aku bantai gelak la.... hahaha sangat best... then ustz zamri pon best...sis amie pon sangat best sebab dia seorang hafizah n ex student dari Mesir... huu hebat sangat... rasa mcm x cukup ja masa dengar ceramah diorang... aku harap ada lagi program mcm ni masa akan datang...
menarik.... tertarik...
ada banyak lagi aku nak cerita sebenarnya tapi tunggu lah next n3.... hee tu sahaja untuk kali ini... terima kasih kalau ada yg sudi melihat dan membaca... jasamu dikenang.. :)

Perasaan



kadangkala sekeping hati ini x mampu menanggu rasa
sedih,pilu,gembira dan ketawa bercampur rasa
hanya mampu terpendam di sudut hati
tapi kadangkala terluah juga
titisan demi titisan mengalir jua
menjadi jawapan yang x mampu terluah dek kata-kata..

aku hanya wanita biasa
yang ada masanya air mata jadi peneman
disaat masalah mengunjung tiba
tapi itu bukan bermaksud aku kalah
kerana hadirnya air mata aku mampu tenang kembali

disaat naluri berbisik
aku sedar aku masih ada DIA
yang x pernah melupakan hamba2Nya..
yang x pernah bahil dengan pertolonganNya
hanya padaNya tempat mengadu
kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya. 

kini aku kembali mencari diri
mengutip cebisan semangat yang masih berbaki..
untuk berjuang kembali..
bagaikan seorang serikandi
moga Allah memberkati..



oleh : pemilik rasa


 




 

cerita pagi

Rabu
1.12 pagi
Aku x leh tido..yess pandai sungguh mata aku ni.. mentang2 la besok kelas petang..
sungguh walaupon semester ni rasa sangat singkat tapi assigment dia mak aiii berebut2 nak interprame masuk dlm aku punya jadual.. ngee.. itu satu hal..
ok mmg agak membelitkan urat2 otak la sem ni.. mana x nya semua berkaitan dengan angka dan kira2..
aduhaiii makcik dah la x da kimia dengan benda2 alah tu.. dulu form five punya la main aci sembunyi dengan akaun..tup2 kena ambik jugak... mencikkk la... kalau akaun saja x pa lah.. kena ambik finance jugak...p dahhh.. dushhhh !! kalau duit aku suka la... hihik

ni haa.. cuba la maniskan muka sbb lecture tu hansome..oppsss ampun... ingat lillahitaala 
ok la hopefully aku dapat usaha sehabis baik utk repair result aku last sem... walaupon banyak event yg nak kena handle n banyak tempat nak kena pegi especially brunei (err walaupon blm decide)
yeah gambate!!! pray for me..

tiba2 rasa ngantuk sudah bah tu.. mau tidur dulu.. sayonara ~

Proud to Be a Women

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ.

Hari ini jadual aku agak pack and hari yang betul2 sedih bagi aku disebabkan malam tadi aku mimpi ayah aku... huhu seriusly bangun2 saja dari tidur terasa ada air mata yg keluar.. i dont have idea why.. mungkin sebab rindu.. ya aku rindu ayah ngn mak aku di kampung.. event aku suka gaduh dengan ayah tapi ala gaduh2 manja ja pon.. x lekat di hati pon.. aduhh aku mmg sangat rindu both of them..  lagi sedih sebab tinggal lagi beberapa hari birthday my lovely mom n aku x dapat nak celebrate.. damn... dan untuk itu aku nak kosongkan sedikit info pasal wanita atau lebih tepat lagi ialah ibu.. x kira la mak,mummy,bonda,umi,mama ataupon mother yang aku culik dari cik google.... harap korang sudi baca..

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

# pesanan aku walaupon kita golongan wanita ni selalunya dianggap kelas kedua mean dibelakang lelaki tapi ingat kita bukan KELAS KEDUA tapi kita diKELAS TERSENDIRI.. tu kata matlutfi.. :)
proud to be a women.. wanita tu insan terpilih..
lastly ingatlah kita hanya ada sorang mak saja di dunia.. apa salahnya kita gembirakan hati dia hingga hujung nyawa.. Ammiinn ~

semagatku untuk teruskan perjuangan

tanpa mereka aku tiada didunia

emak,
redhamu redha Allah, murka mu murka Allah
ayah,
antara hero yang paling aku kagumi,
yang paling tabah pernah aku kenali,
amanahnya dilunaskan dengan baik sekali,
hatinya semangat wajah dengan berkorban
mencari rezeki untuk anak dan isteri.
mak dan ayah dikaulah insan yang teristimewa kurniaan Tuhan di hati dan sanubariku ini..
Terima kasih ya ALLAH dengan kurniaanmu..  
     

kesayangan ku

Assalamualaikum..
Hello..
Haii..
"Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Saya percaya anda2 semua x kira lah lelaki mahupun perempuan mesti minat dengan haiwan kesayangan Rasulullah kan.. apa lagi kucing lah.. kalau ya kita geng!!!.. kenapa tiba2 entri ni pasal kucing? yeah sebab saya rindu kucing saya yang ada nunnnn di utara... 

Ini masa diorang kecik2 lagi muka suci ja..   


Masa ni diorang dah agak besar la.. hahaha masa diorang lahir adalah pengalaman yang paling lawak n x kan pernah saya lupakan in my life.. fuhhh maan x taknya si ibu pada budak2 bertiga ni first time beranak.. apa lagi dia lahirkan anak2 dia kat merata tempat.. aduhhh nasib baik la masa tuh bulan puasa.. kebetulan mak saya bangun untuk sahur n dipendekkan cerita saya n my sis la terpaksa jd bidan terjun untuk potong tali pusat anak dia... hahaha satu experience yg x disangka2...
Tu cerita 2 tahun lepas.. sekarang diorang dah besar n agak terkilan la sebab diorang asalnya bertiga dah jadi berdua sebab sekor dah mati... huhu seriusly mmg saya nangis masa tuh.. sayang kot.. tapi perkara dah nak jadi kan..


acara tidur berjemaah       




     
yang ni mmg pantang nampak camera.


adik chik yang manja
chik tam dalam kenangan
bila besar ni la keja diorang

ni la mak diorang
tinggal berdua ja
legasi terbaru.. anak dik chik.

Happy woman day

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum guys..
First of all hari ni aku ada cerita yang saling berkaitan .. lets start ~


Ok ceritanya adalah pasal moto dan wanita... untuk pengetahuan hampa..hampa dan hampa semua.. kat kk or kota kinabalu ni, kebanyakkan yang menunggang dan yang membonceng motosikal adalah warga2 adam.. so amatlah jarang nak nampak budak2 pempoan or kaum2 hawa yang bawak moto... orang pempuan kat sini lebih suka mengusung kereta... dahsyat kan...haaa tu baru mukadimah.. blm masuk main poin lagi...

Ok next... hari tu...err hari jumaat lepas aku dengan kawan aku ke inanam.. kalau hampa x tau tu nama satu tempat di sabah... ok kami ke inanam utk bayaq duit sewa moto kat situ.. bila kami p sana orang2 kat sana tengok pelik ja.. dah mcm kami ni x pakai baju pulak.. yelah mungkin depa pelik latengah dua orang pempuan naik moto... bagi kami x da nak peliknya pempuan bawak moto... ha
haha so ada kami kesah... aku degan kawan aku pon buat2 x tau la... bila kami sampai di multy moto terus aku masuk p bayar duit then bila selesai kami pon balik la...  mahluk2 yang pelik tadi pon still tgok pelik kat kami... kami dengan bangganya merempit depan depa... bahahaha...
so  moral of the story ... jangan ingat wanita sekarang x boleh buat kerja orang lelaki... wanita sekarang wanita moden dan serba boleh..!!! yeahhhh...

Selamat Hari wanita dunia
Happy Woman of the world
***** pomm..pommm...pommm (bunga api)

Takdir

Asalamualaikum..
salam jumaat penghulu segala hari.
Hari hawa tercipta dari tulang rusuk adam..
Hari adam dan hawa diturunkan kedunia
Hari terjadinya kiamat
Hari diturukan Al Quran dan
Selamat hari wanita sedunia especially pada mak tersayang, kakak2... kawan2 dan adik2 yg dikasihi sekalian dan seluruh wanita didunia.. (pondan dan bapuk x termasuk ya)...

ok sebenarnya aku x tau nak merepek apa sebab mood memang dah lari ke gunung everest.... disebabkan sabah tengah "berperang" sekarang so aku pon dlm mood "perang digin"... naa tutup kes... next aku suka dengan kata2 ni.. "cintailah seseorang yang mampu membawa kita ke syurga kasih sayang..dan bukannya seseorang yang cantik pada parasnya tetapi melukakan hati "...
bukan apa... aku terpikir jugak... dunia sekarang ni manusia x kira la lelaki atau pempuan kebanyakkannya mengejar rupa paras... tipu la kalau kata x kan..ok x salah kalau nak yg "good looking".. tu kira bonus tapi yg penting iman dan takwa.. sapa x nak bakal imamnya nanti boleh bimbing utk dekat dengan syurga Allah kan..  dan kalau betul la kita terjumpa yg melekat dimata dan jatuh kehati...cewahhhh... ok tapi malau nak luahkan sebab takut jadi "perigi cari timba" apa salahnya kita luahkan pada ALLAH melalui doa... mintak Allah buka mata dan hatinya terima kita.. wahhh mcm dr cinta pulak.. cehhh poyo... ok satu lagi kata2 yg aku suka banget "perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujud masing2.." indah kan...

SENJATA ORG ISLAM ADALAH DOA.. DOALAH SELAGI MAMPU =)


Secebis Kenangan


dari kanan tiya..fika... dan aku... kami kawan selamanya walaupon cost x 
 sama 
apa kami kesah !

Bismillah hirahmanirahim...
Salam khamis...
Ok mesti hampa tertanya2 apa motif  aku letak gambar ni... (abaikan pose buruk aku)... ngee ok ada satu kisah yang agak melucukan yg terjadi pada.....(dirahsiakan sementara waktu)!!! hoho...  kisahnya berbunyi mcm ni... pada suatu hari... errr hari isnin... sorang budak dah bersiap nak g kelas then sementara nak tunggu g kelas  dia pon layan la cerita detective conan.. around 5.30 pm mcm tu la..lepas tuh dia pon siap2 la kemas buku bagai nak pergi kelas...semangat la konon.. almaklum la kelas tu agak best n happening... ok then bila ja sampai pkl 6.00 budak ni pon pergilah toilet kononnya nak menempek bedak lah... ok over disitu... pintu pulak dibiarkan terbuka... then bila tengah asyik mencomotkan muka...tiba2 (suspen sikit) bummmmmmmm!!!!  pintu bilik tertutup... ok budak tu pon buat donoo ja... biarlah pintu nak tertutup pon kan... ada dia kesah... lepas tuh bila dah siap tempek bedak dia pon nak masuk ke bilik nak pakai tudung sebab dah lewat... tapi.... ohhhh tidakkk pintu bilik terkunci dengan sendiri atau bahasa kampung budak tu panggil "auto lock"... nahhh padan muka... terkebil2 seketika... x kesah kunun... gelabah biawak...penyu...kura2 semua ada... peluh jantan betina toksah nak kata la... keluah habis... dah la satu apa pon x dak... dengan tudung x pakai... sliper jamban jak yang ada... handset pon semua ada dalam bilik... buku dan beg apatah lagi.. dah rasa mcm pendatang asing tanpa izin dah pon..

Apa lagi terus la budak tu pecut x tau la berapa meter naik tangga ke bilik kawan dia...nasib baik la si kawannya ada... dia pon cerita dekat kawan dia... apa lagi kena bantai gelak seround.. nahhh padan muka kuasa 2... disebabkan kawan dia yg super duper baik hati tu la dia dapat g kelas jugak... mana x nya... kawan dia fika namanya bagi pinjam start dari tudung...beg..buku...pansel case n siap tanya lagi nak bawak air x?? ok seriusly rasa macam mak sendiri... haha... seriusly mana nak cari kawan sebaik tu sekarang... kawan senang berlambak la... cuba kawan waktu susah... satu dlm sejuta jak...
Sattel satu hal... satu hal lagi... KASUT... Ok x kan aku nak pakai sliper jamban (toilet) nak g kelas... cari penyakit ngn lecture... so dengan muka comel x malunya budak tu  ketuk bilik senior nak pinjam kasut... nasib baik la senior yang comel lagi pemurah tu bagik pinjam kasut... # tu bukan ayat puji ya..tu ikhlas dari hati... waa... ok dengan barang2 pinjam tu la dia ke kelas.. dan kawan baik budak tu pon pelik dengan dia sebab lain.. then budak tu pon cerita la kat kawan baik dia yg nama chik... haa kena la gelak...dan gelak lagi sampai dalam bas... ok tahniah dan padan muka kuasa 3... ngeh2... dan budak yg bertuah sangat tu aku la sapa lagi....... hahahahahaha.... sangat ngoknget.... tahniah... dan  lepas tuh tiap kali aku p toilet aku bawak kunci... fobia punya pasal.... "peace"


.... journey of life ....

Assalamulaikum n hai..
first of all... setelah sekian lama aku x menjelajah blog aku yg sangat berhabuk ni... nampak sangat lama x buka.. ok actually ada banyak sangat cerita yg aku nak luahkan... dan beratur mcm kereta api ja dlm otak ni...
kita mula kan dengan isu panas yg tengah melanda UMS sekarang ni... debushhhhh!!!!!! ala mesti korang taukan.. isu pengikut SULTAN SULU yg tengah attack lahad datu Sabah... ok di ulang Sabah... hohoiii kenapa la tempat den belajo tu jugak kau nak attack.. spoil betul... seriusly agak kecut perut jugak la nak adept situasi ni... almaklumlah first time aku jauh dari family.. bukan jauh sikit... banyak kot pastu jadi mcm ni pulak... hadoiiiyaiii... nasib2...  pastu dengan beritanya yg mcm2 situasi dicampur aduk... sebelum terlambat aku dengan rasa dukacitanya nak ucapkan takziah kepada wira2 kita yg terkorban mempertahankan negara dari serangan di lahat datu... jasamu ku kenangan sampai bila2... alhamdulillah setakat ni UMS masih dlm keadaan terkawal tapi x tau la sampai bila.. hopofully selamanya la... ok tutup kes pasal tuh...

secondly... aku kena buat PUISI.. 2 pulak tuh....  woooo mcm x kena ja kan... tapi itulah kenyataan..itu satu hal... dah tu kena BELAKON pulak... nahhhh... komfem jadi kayu... aku manala reti nak belakon bagai ni... bukan setakat bakat terpendam x ada tapi bakat terendam pon langsung x ada... hihihi.... x pala aku cuba la jugak nak asal2 bakat yg terpadam ni... hee mana tau dari kayu jadi agar2... opppsss termerepek pulak... maafkan saya.. ok utk second sem aku kt ums ni agak berpuas hati la.. sebab apa? sebab overall x kira la kelas or tuturial punya lecture sanagat best and bombastic... kebommmm!!! sangat enjoy n spot ting.... hee baru la best nak masuk kelas... x da la muka ketat jak.. gitu bah... ok sekarang dah mula assigment datang menempek... jadual aku sem ni sangat peck!! but sapa suruh arrange mcm tu kan...hambikkk... tapi ok la jugak at lest ada free one day...horeyyyy qada tido..( tu je keja aku)... x dala... aku kan student yg baik... opsss...naa back to the topic... ok disebabkan rest last sem aku yg SANGAT x memuaskan hati... (x yah tanya berapa)... so starting this sem aku kena keep rushing utk ketcup dent list...hahaha nampak x tinggi kot angan2...sapa x nak kan... so let prove it...   aku x nak sia2 kan jasa mak ayah aku yg susah payah kumpul duit hantar aku dtg sini... so aku kena study hard and smart..!! yes gambate!!! ok next..

ok last but no lest pasal my lovely sister... actually aku sangat2 sedih pasal her life and her love fate.. apa2 pon aku sebagai adk x kan pernah berhenti berdoa smoga dia jumpa org yg sayang dia hingga hujung nyawa... aammiinnn...

lastly this is my lovely view behind my school of business and economic.. hope u enjoy it.. :)