LEMONADE BAB 3

BAB 3

Televisyen yang sedang menyiarkan rancangan Tom Tom Bak langsung tak menarik minatnya. Kalau nak diikutkan, rancangan yang tersiar di hadapannya ibarat nadi bagi hidupnya. Sehari miss, rasa macam nak mati je tapi entah kenapa hari ni…moodnya hilang. Kosong. Empty. Perasaannya masih berbuku dengan perasaan marah yang meluap-luap. Tak tahu nak dilepaskan pada siapa dan pada apa. Semalam je, tiga balang biskut raya tahun lepas yang tak sempat dihabiskan, licin dibedalnya. Tak cukup dengan itu, 30 kali aiskrim vanilla kegemarannya disuapkan ke dalam mulut. Hah! Apa lagi? Dah banyak benda impossible dilakukan, tapi…entahlah! Perasaan marah tu tetap ada. Argh…raung Izyan Akasyah.
Bantal berbentuk bujur yang dipegangnya sedari tadi dibaling ke arah dinding. Melepaskan kegeraman yang masih berbuku. Izad Erwan yang sedang menonton rancangan di hadapannya tersentak. Wajahnya ditoleh ke belakang. Apahal pulak adik aku ni?
“Hoi…kenapa? Tekanan perasaan melampau ke?” sinis Ijat menyoal. Izyan Akasyah menjeling tajam. Banyaklah dia punya tekanan perasaan melampau. Aku tengah tensionlah!
“Wei…Syah. Kenapa? Probs lagi?” soal Ijat sambil berjalan merapati Izyan Akasyah yang sedang duduk bersila di atas sofa berwarna hijau lumut. Izyan Akasyah menghela nafas. Dahinya berkerut. Pening!
“Syah!”
“Hmm?” gumamnya perlahan. Takde mood la.
“Probs lagi ke? Que?”
“Like usuall. Dah bosan. Sakit hati. Sakit jiwa. Boring.” Luah Izyan Akasyah geram. Ijat ketawa kecil. Tak habis-habis.
“Cubalah slow talk dengan dia. Asyik garang macam rimau je. Dia pun boringlah.” Izyan Akasyah mencerlung marah. Ek ena abang ni…mengutuk aku pulak dia. Huh!
“Tengok tu. Tegur sikit, buat muka. Lagilah si Que suka menyakat.” Usik Ijat dengan keningnya sengaja dijungkitkan. Izyan Akasyah menggigit bibirnya.
“Abang ni…selalu macam ni. Nak berpihak dengan pihak lawan buat apa? Adik sendiri tak nak protect. Orang luar jugak dipertahankan.” bentak Izyan Akasyah tak puas hati. Wajahnya ditalakan ke arah tingkap yang terbuka luas. Menjemput masuk angin pagi. Ijat tergelak kecil. Merajuklah pulak.
“Bila masa abang back up Que? Hmm? Cuba bagitahu. Bila?”
“Tadi…” tanpa nada Izyan Akasyah menjawab. Lemah. Ijat mengoyak senyuman nipis. Touching la pulak.
“I’m saying the truth, my dear. Memang pun. Garang sangat. Macam rimau. Lagilah suka si Que tu mengusik. Guys…it’s hard to understand. Only men knows…” ujar Ijat selamba. Izyan Akasyah menarik muncung sedepa. Tak habis-habis backing kaum dia. Bosan!
“Izyan Akasyah…listen here. Kalau Syah buat muka sardin ni…lagi seronok Que usik tau. Lelaki ni…makin orang tak suka, lagi diorang buat. Contoh utama…abang!” Ijat tayang gigi. Izyan Akasyah tersenyum nipis. Tau takpe!
“Haa…kan comel senyum macam ni. Sure Que cair.”
“Heh! Tak ingin. Perangai dah macam nak kena humban dalam lori DBKL buat apa?” jerkah Izyan Akasyah. Ijat tergelak besar.
“Abang…orang seriuslah.”
“Ok…ok…dahlah. Layan Tom Tom Bak lagi bagus daripada layan ketidakpuasan hati Syah tu.” Ijat tersenyum nakal. Izyan Akasyah mendengus. Asyik nak mengenakan aku je. Anak matanya ditalakan ke arah skrin televisyen di hadapannya. Sesaat kemudian, meletus tawa kecil dari celah bibirnya.
“NAQI…kau ni…tak patutlah buat dia macam tu. Apa salah kak Syah kat kau hah? Dia ada buat hidup kau susah ke? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup dia. Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah pun terbabit sama.” Bagaikan mesingan Azar meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Que tayang muka selamba. Langsung tak bersalah. Kata-kata Azar ibarat angin lalu pada pelupuk telinganya. Anak matanya masih setia pada skrin televisyen di hadapannya. Telinga kanannya pula disumbatkan dengan headphone. Azar gigit bibir. Geram.
“Naqi…I’m talking to you.” Bentak Azar.
“Heh! You sounds just like her. Bolehlah kahwin. Secocok.” Ujar Que tanpa perasaan. Wajah Azar yang sedang duduk bersila di sebelahnya langsung tidak dipandang. Azar tarik nafas dalam. Sabar…
“Naqi…boleh tak dalam sehari kau tak buat kak Syah bengang?” pinta Azar dengan wajah mengharap. Sakit telinganya bila tiap kali bertembung dengan Izyan Akasyah, berbakul-bakul sumpah seranah dan aduan yang dihamburkan buat abangnya yang satu itu. Que itulah, Que inilah. Argh…tension!
“Apa kau cakap tadi? Kurang jelaslah…”
“Jangan buat kak Syah bengang. Just for a day.” Ulang Azar dengan nada yang sengaja ditekankan. Que masih dengan muka selamba badaknya. Terangkat-angkat keningnya memikirkan permintaan adiknya itu. Just for a day huh?
“I hope I could say yes. But…sorry. Tak boleh!” Azar menggenggam erat jari-jemarinya. Perasaannya berbaur antara bengang, marah, kecewa dan stress dengan gelagat abangnya yang seperti tiada perasaan itu. Apalah masalah abang aku yang sorang ni? Entah apalah yang dia tak puas hati dengan kak Syah.
“Kenapa dengan kau ni? Apa masalah kau sebenarnya?”
“Kau tak payah sibuklah, Zar. Masalah aku. Bukan masalah kau.”
“Memanglah. Tapi, bersangkut paut jugak dengan aku. Sakit telinga aku ni bila tiap-tiap hari dia mengadu tak puas hati dengan kau. Aku peliklah dengan kau ni.” luah Azar geram. Matanya sengaja dikecilkan. Menunjukkan betapa dia cukup tak berkenan dengan sikap abangnya yang satu itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari…pasti akan ada aduan tentang abangnya. Taiko besar sekolah mereka. Bermasalah!
“Layan je.”
“Senangnya kau cakap.”
“Memanglah. Bukak mulut, cakap.” Balas Que sambil mengoyak senyuman segaris. Masih tetap dengan keselambaannya.
“Cakap dengan kau serupalah macam menempah kubur awal.”
“Hehehe…so, janganlah cakap dengan aku. Erm…adik mana?” Matanya melilau mencari kelibat Qis. Azar mengeluh lemah.
“Kat dapur. Entah apa yang dia buat.”
“Hehehe…tengah belajar memasak. Bagus…bagus…”
“Dahlah. Malas cakap dengan kau. Lagi bagus buat homework.” Azar bingkas bangun dari silanya. Dia meregangkan otot-ototnya yang terasa kejang kerana terlalu lama duduk bersila. Letih. Sanggup dia duduk berjam-jam lamanya semata-mata untuk memujuk abangnya daripada berhenti menyakitkan hati Izyan Akasyah. Tapi, gagal! Heh…bazir air liur. Buat penat aku je. Buang masa pulak tu.
Terus sahaja langkah kaki diatur mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Belum pun kakinya mencecah anak tangga pertama, terdengar suara Que memanggilnya. Lambat-lambat dia berpaling.

“Kau cakap kat kak Syah kesayangan kau tu…kalau tak nak aku carik pasal dengan dia, jangan carik pasal dengan aku. Dia tak kacau hidup aku, aku pun takkan kacau hidup dia. Senang! As simple as that.” Que tersenyum meleret. Yelah sangat! Ingat senang-senang je aku akan biarkan dia hidup dengan aman? Mimpi jelah Izyan Akasyah. Ada hutang yang belum selesai dan aku akan selesaikannya tanpa kau sedari. Bisik hati kecilnya.
...................................................................................................................................................................

LEMONADE BAB 2

Lemonade 2

BAB 2

“Syed Ashraf Naqiuddin…”

“Saya.” Tanpa nada Que membalas. Wajahnya turut ditalakan ke arah lain. Langsung tak terlintas diotaknya untuk bertentang mata dengan gadis di hadapannya. Perasaan menyampah dan meluatnya semakin hari semakin bertambah terhadap gadis yang berwajah bujur sirih di hadapannya. Siapa lagi kalau bukan Izyan Akasyah! Ngee…hari-hari buat hidup aku bermasalah.

“Cuba bila bercakap tu pandang muka saya.”

“Hahaha…pandang muka kau? Aku lebih rela pandang Poji. Kan Poji?”

Poji yang sedang leka melayan perasaan terpinga-pinga apabila namanya dipanggil.

“Huh? Apa? Kau panggil aku ke?” seperti orang bodoh Poji bertanya. Meletus tawa kecil dari bibir Que. Que menggeleng kecil. Hehehe…

“Syed Ashraf Naqiuddin, I’m talking to you.” Suara Izyan Akasyah berubah keras. Sakit hati dengan sikap endah tak endah lelaki di hadapannya. Serasa ingin sahaja dicampakkan tubuh sasa itu ke dalam longkang yang berdekatan. Menyakitkan jiwa!

“Yes m’lady? Apa pulak salah aku hari ni?”

“Do you know the rules? Those things…on your fingers, are not allowed to be wear in school area. Berapa ribu kali nak beritahu?” Que angkat kening. Muka tetap selamba tanpa perasaan bersalah. Anak matanya memandang ke arah jari jemarinya yang dihiasi dengan pelbagai cincin dengan pelbagai bentuk.

“Ala, Syah. Relaxlah. Takkan sebab cincin pun kau nak melenting di pagi yang indah ni.” sarkastik Poji menuturkannya. Siap dengan mimik muka lagi. Que tergelak kecil. Sengal! Spoilnya budak.

“Hehehe…kau nak satu? Aku bagi yang skull ni. Aku baru beli semalam kat Chow Kit. Actually la kan…kalau kau nak, kau cakap jelah. Aku boleh hantar terus kat rumah kau, jadikan cincin tunang.” Selamba Que membalas. Izyan Akasyah membuntangkan biji matanya. Wajah selamba Que dipandang seolah-olah ingin sahaja ditelan mamat tu hidup-hidup tika dan saat itu. Que menarik senyuman segaris. Masih selamba menanti butir bicara yang bakal keluar dari seulas bibir gadis di hadapannya. Poji disebelah Que tersengih-sengih.

“Kau ni kan…”

“Aku ni kan…? What?”

“Menyusahkan hidup semua prefect kat sekolah ni. Aku rasa adik kau pun sure malu nak mengaku kau abang dia!”

“Excuse me! Kalau nak hina aku sekali pun…adik aku jangan libatkan sekali. Dia nak jadi prefect. So what? This is about me. Langsung takde kaitan dengan dia. Tak bermakna kalau adik aku prefect, aku kena ubah diri aku jadi angel sedangkan aku ni devil!” wajah Izyan Akasyah di hadapannya ditenung lama. Hei, minah ni. Hari-hari nak menguji kesabaran aku. Izyan Akasyah tersenyum mengejek. Que menghela nafas dalam.

“Kalau kau ada masalah dengan aku, cik Izyan Akasyah, kita settle berdua. Tak payah nak semakkan kepala otak kau cari kesalahan aku tiap-tiap hari. Kau tak bosan ke?”

“Haa…betul tu. Kau tak kesian ke kat Que ni? Hari-hari kena tahan dengan kau semata-mata kau tak puas hati dengan dia. Malulah dia…” Que menyiku lengan Poji. Ek ena mamat ni. Overlah pulak. Poji mengaduh kecil.

“Suka hati koranglah. Apa yang aku tahu, esok…no more rings! At all. Aku nampak je, aku terus rampas. Menangis tak berlagulah kau esok.” Sinis nada suara Izyan Akasyah dan sesinis itu jugalah senyuman yang tersungging di bibir Que.

“Kenapa tak rampas je hari ni? Kat rumah aku ada berlambak lagi.” Izyan Akasyah mendengus kasar. Memang sengaja nak menguji tahap kesabaran aku.

“Diya…hantar mangkuk dua ekor ni ke kelas. Naik tension aku jadinya.”

Que tayang gigi. Poji senyum meleret. Izyan Akasyah tarik muka. Masam. Wajah yang mulanya dihiasi dengan seulas senyuman kini hanya dihiasi dengan muncung itik. Hahaha…nak perang mulut dengan aku? Salah oranglah adik manis. Dengan selamba, Que dan Poji mengatur langkah, membuntuti langkah yang diatur oleh Diya, naib setiausaha Majlis Pemimpin Pelajar (MPP). Heh! Belajar lagi wahai adik manis.

GAMAT suasana kelas 4 Alpha dengan suara sorak-sorai dari Keyol, Dan, Juan dan Am sebaik sahaja Que dan Poji melangkahkan kaki mereka ke dalam kelas. Que mengoyak senyuman evilnya. Poji buat muka ala-ala malu. Terburai tawa mereka berempat yang berada di belakang kelas. Hah! Yang tulah port aku…kalau nak tahulah. Que tersengih.

Langkah kaki diatur ke arah kawan-kawan yang sedia menantikan kehadirannya. Sesekali sempat juga anak matanya melirik ke sudut kanan di mana tempat Acap dan kawan-kawannya akan berkumpul. Musuh tradisi kumpulannya. Di sebelah Acap pula, kelihatan Syasya sedang terliuk lentok meminta dimanjai. Yucks…tolonglah faham! Kat sekolah pun nak menggatal tak tentu hala. Que tersenyum sinis. Syasya membalas dengan jelingan mautnya. Fuyyooo…takutnya. Hehehe…

“Wei…Que. Apa cerita hah? Kau kena lagi ke dengan stonecold tu?” soal Am dengan senyuman. Que menjungkitkan bahunya.

“Jungkit bahu ni tandanya apa?” sela Keyol sambil menggogok air 100 plus yang dibelinya sebelum ke sekolah. Que mengoyak senyuman riak.

“Aku buat dia bengang lagi. Hehehe…”

Terbelalak biji mata mereka berempat mendengarkan ayat dari mulut Que. Que tergelak kecil. Sah, diorang tak percaya. Poji di sebelahnya, sudah pun melabukan ‘sayapnya’ di atas kerusi. Ceh, lupa taiko!

“Gilalah kau Que. Sekali lagi? Dua bulan kau kat sini, aku rasa ni dah err…kali yang…”

“Ke-15 aku buat dia bengang.” Selamba tanpa nada Que memotong. Air 100 plus ditangan Keyol diambil lantas di bawa ke bibir, menerusi kerongkongnya. Ah, nikmatnya! Botol yang sudah tinggal suku airnya dipulangkan kembali.

“Heh…siapa suruh dia cari pasal dengan aku?”

“Kau ni…dia tu perempuanlah. Vice head girl pulak tu.”

“So, kalau dia vice head girl…boleh sesuka hati kerek dengan orang lainlah?”

“Eh, kau nak tahu tak? Dia tu…kerek dengan kau sorang je tahu tak?” bidas Keyol dengan wajah tak puas hatinya. Que jungkit kening. Ek? Aku sorang? Yeah right! Aku soranglah sangat…

“Korang tak tahu kisah sebenar…” perlahan Que menuturkannya. Beg sandang jenama Adidas kesayangannya diletakkan di atas meja. Kemudian, buku teks Add Math dikeluarkan dari bawah laci mejanya dan diletakkan di atas meja. Bersebelahan dengan begnya itu. Sesekali anak matanya mengerling jam di pergelangan tangannya. 7.45 pagi! Hmm…sekarang waktu…erm…Add Math! Lagi lima minit si vice head girl tu masuk. Lima minit lepas tu Encik Nazar pulak masuk. Spoil betul. Jangan dia buat pop quiz lagi sudah. Memang nak kena bom dengan aku cikgu tu.

“Kisah apa pulak ni?” Keyol menyoal. Que diam. Langsung tiada respons. Tangannya lincah mengeluarkan segala macam ‘khazanah’ dari begnya. Sesekali kedengaran siulan kecil dari celah bibir Que. Mengalunkan irama yang entah apa-apa.

“Que…”

“Hmm?”

“Storylah sikit.” Desak Keyol. Tangannya menggoncang-goncangkan tubuh Que yang duduk berhadapan dengannya.

“Entah kau ni. Dengan kitorang pun nak berahsia ke?” sambut Am dengan anggukan daripada member-membernya yang lain. Que mengoyak senyuman tanpa perisa. Buku-buku yang dipunggahnya dari bawah laci mejanya diletakkan di atas meja. Wajah setiap orang membernya dipandang. Dari kiri ke kanan dan berbalik semula ke kiri. Que menghela nafas.

“Macam ni ceritanya…” sengaja Que meleretkan suaranya. Nak tengok jugak kesabaran bebudak ni. Hehehe…

“Wei…terus jelah. Nak buat iklan pulak.” Bentak Juan dengan wajah mencuka. Que tersengih-sengih.

“Relax…sabar tu kan separuh daripada iman.”

“Banyaklah kau punya iman. Cepatlah…”

“Okay…okay. Tak menyabor-nyabor. Hmm…macam mana aku nak cerita ek? Oklah…pada suatu hari yang indah…”

“Que!” serentak kelima-lima kawannya menjerit. Que tergelak besar. Semua anak mata 4 Alpha terpaku pada gelagat enam sekawan itu. Que merendahkan sedikit volume tawanya. Adoi…sakit perut den! Wajah kelima-lima kawannya sudah berubah masam. Hehehe…sentaplah pulak bebudak ni. Lepuk kang. Sibuk je nak tahu hal orang. Kalah si Syasya tu. Tak pasal-pasal minah tu terbabit sekali. Ekekeke…

“Kau ni…nak cerita, cerita jelah. Tak payahlah nak buat cerita arnab dengan kura-kura pulak.”

“Deyh…zaman arnab dengan kura-kura dah lapuk. Sekarang zaman RXZ dengan 125z…”

“Takde class…”

Meleret-leret perdebatan mereka berlima. Que hanya menjadi pemerhati. Hailah…tadi beria-ia nak dengar cerita. Sekarang diorang buat cerita sendiri. Lantak koranglah.

“Syed Ashraf Naqiuddin bin Syed Amir…”

Tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil. Ah, sudah! Apa pulak kali ni?

“Ye saya?” Que menyahut. Wajah gadis yang berdiri di hadapan pintu kelasnya dipandang lama. Ish…aku buat salah apa pulak kali ni? Takkan si Izyan Akasyah tu mengadu kat cikgu disiplin pulak…

“Tolong keluar sebentar.” Arah gadis itu. Perlahan-lahan Que bangun dari tempat duduknya dan mengatur langkah ke arah pintu. Sesekali telinganya dapat menangkap suara-suara sumbang yang sedang enak lagi lazat mengatanya. Tak cukup dengan itu, dihadiahkan pula jelingan mengejek dari Syasya. Minah ni memanglah…masalah. Takkan sebab kena reject dengan aku, anti sampai macam ni sekali? Spoil betul!

“Yes? May I help you lady?” Que menyoal ramah. Senyuman manis terhias elok pada sepasang bibirnya yang kemerahan. Tak pernah merokok tu…Gadis itu tersenyum nipis. Wajahnya yang putih bersih merona merah. Hehehe…segan ke?

“Erm…well, cikgu Batrisya cari. Petang ni ada rehearsel kat dewan. Macam biasa dan tentang pertandingan tu…ia dah diawalkan seminggu dan hari pertandingan tu…erm…Isnin minggu depan.”

“What?” Terbeliak biji mata Que mendengarkan berita yang disampaikan. Jantungnya berdegup kencang sekencang nafas yang dihela. Berkerut-kerut dahinya mendengarkan berita mengejut itu. Seisi kelas 4 Alpha memanjangkan leher mereka. Cuba untuk mengetahui apa yang menyebabkan lelaki yang selalu tampak cool itu tiba-tiba sahaja menjerit macam kena histeria. Que menarik nafas dalam dan perlahan-lahan dihela keluar. Wajah gadis di hadapannya dipandang.

“Cikgu Trisy kat mana?”

“Erm…kat bilik guru. Kalau tak silap sayalah.” Ujar gadis itu tergagap-gagap. Que mengangguk.

“Did she tell you when she want to see me?”

“Erm…after recess.” Balas gadis itu lagi. Masih dengan nada yang sama. Gugup. Que mengoyak senyuman manis. Semanis madu. Cute!

“Erm…by the way, lady…what’s your name?”

“Khairina. Nur Khairina. Just call me Erin.” Ujar Erin dengan senyuman. Que mengangguk kecil.

“Nice name. Sweet! Cute! Macam awak. That name…suits you.” Puji Que. Ikhlas. Sepanjang hidupnya, tak pernah sekalipun dia memuji mana-mana perempuan kecuali mama dan adiknya, Qis. Tapi, entah kenapa…hari ni, ringan betul mulutnya hendak memuji gadis yang baru dikenalinya itu. Kenal pun tak sampai lima minit. Erin tersipu-sipu malu mendengarkan pujian itu. Que tergelak kecil. Alahai…comel! Tapi…comel lagi adik aku. Hahaha…

“Erm…oklah. I have to go. Jangan lupa tau apa pesan saya tu. Jumpa cikgu Trisy kat dewan. Macam biasa and please be punctual or you are gonna be a dead meat.”

“I will. Thanks, Erin.” Erin mengangguk kecil. Langkah kaki terus diatur meninggalkan kelas 4 Alpha. Que tersenyum sendiri di depan pintu kelasnya. Erin…hmm…nice!

“Ehem…nak buat drama Puteri Hang Li Po ke kat depan pintu ni?” tiba-tiba suara yang cukup dibencinya menampar cuping telinga. Cukup sinis dan pedas lagi berapi. Bisa membuatkan sesiapa sahaja panas hati. Que menoleh. Heh! Si stonecold ni.

“Kalau aku buat drama kat sini sekalipun, kau peduli apa. Bukan kau yang bayar cukai pintu.” Tukas Que selamba. Wajahnya yang sememangnya selamba ditalakan betul-betul di depan mata Izyan Akasyah. Senyuman sinis terhias di bibirnya. Puas rasanya hati tiap kali dapat buat perempuan di hadapannya itu bengang dengan sikapnya. Hahaha…sure lepas ni dah tak nak cari pasal dengan Syed Ashraf Nqiuddin bin Syed Amir lagi. Izyan Akasyah mengoyak senyuman nipis tanpa perisa.

“Yup. Memanglah bukan aku yang bayar tapi…” sengaja dibiarkan ayatnya tergantung di situ. Que angkat kening sebelah.

“Tapi…”

“Tu…kau rasa bebudak kelas kita nak tengok jugak ke drama sebabak kau tu?” Izyan Akasyah menjuihkan bibirnya ke arah ‘perut’ kelas yang majoritinya, mata mereka betul-betul tertumpu kepada Que. Que tayang muka pelik.

“So? Biarlah. Free. No charge. It’s up to them to watch it or not. Aku tak paksa dan tiada paksaan or…”

“Or what Syed Ashraf Naqiuddin?”

“Or…kau sebenarnya jealous?” Sengihan di bibir Que makin melebar. Terbeliak biji mata Izyan Akasyah mendengarkan kata-kata yang baru meluncur keluar dari celah bibir lelaki di hadapannya. Jealous? Oh, pleaselah. Setakat mamat yang segan hidup mati tak mahu ni, aku lebih rela kena kahwin paksa dengan mak aku. Huh! Takat muka handsome tapi perangai macam nak kena humban masuk dalam lori DBKL nak buat apa? Hamun Izyan Akasyah. Namun, kata-kata itu hanya terlontar di segenap inci hatinya sahaja. Nak luahkan takut menjatuhkan saham mamat di hadapannya pulak.

“So? Kiranya betullah kau jealous? Ala, sayang…you jangan risau. I ni kan pencinta yang setia. Takkan I nak duakan you.” Romantis kata-kata Que menerjah gegendang telinga Izyan Akasyah. Yucks…geli tekaknya mendengar. Sengal!

“Oppss…kalau nak menggoda, you got the wrong personlah mister. Tu…Syasya yang tergila-gilakan kau tu. Pergilah goda dia.”

“Ek? Goda? Kau perasan ke? Deyh…aku goda tu…Diya. Hai Diya. You cantiklah hari ni. You look different than yesterday.” Ujar Que sambil mengenyitkan matanya. Nakal. Diya tersipu-sipu malu. Merona merah wajahnya dek kenyitan mata Que. Que tersengih. Izyan Akasyah tarik muka. Masam. Terus langkah kaki diatur keras, tanda protes, masuk ke dalam kelas tanpa mempedulikan Que yang sedang meraikan kemenangan keduanya untuk hari ini. Hahaha…the strongest always win.
......................................................................................................

LEMONADE BAB 1

Di blog saya ni saya akan selitkan satu novel pendek karya Myra Rania.. actually saya memang minat sangat dengan karya penulisan beliau dan sangat tercuit dengan waktak2 yang beliau wujudkan kerana latarnya agak sinonim dengan kehidupan saya..  jadi untuk permulaan saya akan selitkan bab 1 dahulu... Ingin di ingatkan bahawa ini bukan karya saya...  saya hanya ingin berkongsi.. sekian...

BAB 1

“Abang…abang…” laung Puan Zarina dari tingkat bawah.
Que menggeliat malas. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya yang tidak berbaju ditarik sehingga ke paras dada. Potong stimlah mama ni. Baru plan nak bangun lambat. Lambat-lambat dia membuka kelopak matanya.
“Ye mama?” balasnya sambil tangan kanannya menutup mulutnya yang ternganga luas. Haiyoo…spoil betullah!
“Turunlah. Nak bangun pukul berapa? Sekarang dah pukul 12.30.”
Automatik, tubuhnya tegak 90 darjah diatas katil. 12.30? Tidak! Bleach! Ngee…aku dah lambat. Sepantas kilat dia turun daripada katil. Tuala yang tersidai dicapai rakus dan terus sahaja dia mengorak langkah ke bilik air yang tersedia di biliknya itu. Berdentum bunyi pintu bilik air ditutup.
“Abang…”
“Sorry ma. Tak sengaja.” Jerit Que dari dalam bilik air. Huhuhu…spoil! Pintu yang bermasalah. Dahlah terbangun lambat. Boleh pulak lupa hari ni ada anime favourite aku. Hei…adik-adik aku ni pun satu. Manalah diorang? Kalau tak…pepagi buta dah boleh dengar diorang bertekak. Menjadi ‘jam loceng’ aku. Langsung tak boleh berjumpa. Macam anjing dengan kucing.
Lima minit selepas itu, Que keluar dari bilik air. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala kecil yang terletak elok di atas meja studinya. Hahaha…malas nak kemas bilik. Macam nilah jadinya. Tuala main letak je kat mana-mana ikut suka hati. Mama pun dah tak larat nak tegur suruh kemas bilik. Sebab kalau mama tegur sure aku balas macam ni… ‘ala ma, bilik anak lelaki, bujang pun lagi. Standardlah bilik bersepah. Tu…bilik Azar. Macamlah kemas sangat.’ Last-last mama sure tarik muka masam. Dah masak sangat.
Baju t-shirt berwarna putih menjadi pilihan. Dipadankan pula dengan seluar pendek paras lutut berwarna coklat, dia tampak begitu santai sekali. Selesai menyisir rambutnya ala kadar, dia terus memboloskan dirinya keluar dari tempat peraduannya dan menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Anak matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Hmm…sunyinya. Azar dengan adik takde ke?
“Mama…” jeritnya.
“Apa abang? Baru bangun dah terjerit-jerit. Nak apa?” balas Puan Zarina. Que menyengih. Menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Adik dengan Azar mana? Tak nampak pun…” soalnya sambil anak matanya melilau mencari kelibat adik-adiknya itu.
“Kat depan tu haa…entah apa yang dibuatnya daripada tadi. Terlompat-lompat macam beruk.” Mama menjuihkan bibirnya ke arah laman rumah yang agak luas. Kelihatan Syed Ashraf Nazaruddin or as know as Azar dan Syarifah Qistina Aleeya, adik bongsunya sedang ligat terkinja-kinja. Aduhai…apa ajelah budak berdua ni.
“Oklah ma. Abang nak investigate apa yang diorang buat. Erm…ma, nanti pukul satu panggil abang tau.”
“Yelah…sibuk sangat dengan Bleach dia.”
Que tayang gigi. Tau takpe!
“Oklah mama. Penyiasat Naqi nak pergi menyiasat apa yang sedang dilakukan oleh adik-adiknya. Izinkanlah anakanda mama ni berangkat.”
“Silakan wahai anakandaku.”
“Thank you m’lady.” Seloroh Que disulami tawa halus dari bibir Puan Zarina. Macam-macam.
Que mengatur langkah menghampiri kedua-dua orang adiknya yang tampak khusyuk melompat-lompat macam beruk, bak kata mama. Dalam otak, macam-macam plan jahat lagi setan telah direncanakan. Terjingkit-jingkit dia mengatur langkah sebelumlah…
“Abang Naqi…yang jalan macam penyamun tak bertauliah ni kenapa? Tengah praktis cara-cara nak menghendap ek?” tiba-tiba Syarifah Qistina Aleeya yang terperasan akan kehadiran abangnya menegur. Hilang terus idea jahatnya sebentar tadi. Spoil betullah budak bertuah ni.
“Hmm…korang buat apa ni?” tegur Que cuba menutup malu. Baru nak kenakan buat berdua ni. Alih-alih aku yang kena balik.
“Tengah belajar.” Ringkas Syed Ashraf Nazaruddin membalas. Que mengerutkan dahinya. Belajar? Kejadahnya belajar kat luar ni? Dengan lagu techno pulak tu. Merepek apalah si Azar pepagi buta macam ni? Oppss…tengahari buta ni.
“Belajar mendanya?”
“Belajar nak buat shuffle la.” Sahut Syarifah Qistina Aleeya atau nama manjanya Qis. Manja ke? Entahlah. Manjalah kot. Hehehehe…
“Shuffle? Damn! Mana korang belajar semua ni?” Terbelalak biji matanya mendengarkan perkataan yang meluncur laju dari celah bibir adik perempuannya yang baru berusia sebelas tahun. Qis menarik senyuman segaris. Jari telunjuknya menuding tepat ke arah Azar. Azar buat muka innocent.
“Azar…kau curi-curi masuk bilik aku lagi eh?”
“Hello…tolong sikit. Tuduhan yang tak berasas. Aku beli guna duit akulah. Kau ni…nama je taiko sekolah. Benda-benda macam ni pun tak tahu ke? Dah havoc satu sekolah pasal shuffle. Takkanlah baru tahu kot.” Sindir Azar dengan senyuman sinis. Que terlongo. Ceh…aku pulak yang kena.
“Siapa kata aku baru tahu? Aku up sikit daripada koranglah.” Tukas Que bangga sambil menyilangkan tangannya ke dada. Azar tarik muka.
“Ek? Lagi up? Tunjuk sikitlah…” cabar Azar dengan senyuman sinisnya. Que menjungkitkan sedikit keningnya. Ek ena budak ni. Nak cabar aku pulak. Fine! Jangan lepas ni kau merayu-rayu kat aku nak belajar sudah.
“Qis…hit it!”
Qis segera menekan punat play dan lagu techno rancak berkumandang di udara. Que sudah memulakan gerak langkahnya. Dia begitu asyik dalam dunianya. Azar terlongo memandang abangnya. Qis memandang Que dengan penuh taksub. Gilalah!
“Wei…stop!” kedengaran suara Azar menyuruh berhenti. Serta-merta gerak langkahnya mati. Que tayang muka riak. Huh! Kagumlah tu…
“So?”
“I give eight out of ten. Hahaha…tu yang kau kata shuffle? Budak kecik pun boleh buat.” Sinis nada suara Azar. Namun, hakikatnya…menggeletar kepala lututnya melihatkan abangnya itu. Saja nak tunjuk hebat! Kata anak lelaki…siapa yang nak tunjukkan kelemahan diri sendiri? Even dengan abang sendiri pun jangan haraplah. Azar menarik senyum segaris. Que menjungkitkan bahunya bersahaja. Lantak kaulah Azar.
“Abang…abang…” tiba-tiba suara mama memecahkan suasana.
“Yes my love?”
“Your favourite anime dah start…”
“Okay…” balas Que. Wajah adik-adiknya dipandang lama.
“Hmm…nak aku ajar ke Azar? Free. No charge. Nak?” duga Que dengan senyuman tersedia di bibirnya. Azar memuncungkan bibirnya. Que tergelak kecil.
“Kalau tak nak…aku bukak offer kat Qis. Adik…adik nak abang ajar?” sengaja Que berbuat demikian dengan niat hendak menyakitkan hati adiknya itu. Hmm…dah 17 tahun aku dengan kau. Macamlah aku tak tahu apa yang bermain kat otak kau tu, Azar.
“Fine! You teach…I learn…but with one condition…”
“Yes? Hit it!”
“Aku tak nak kau bagitahu sesiapa pun yang kau ajar aku.”
“Reason?”
“Malu.”
“Malu?” Meletus tawa dari celah bibir Que yang kemerahan. Wajah Azar di hadapannya dipandang penuh minat.
“Kenapa?”
“Yelah…kau tu taiko kat sekolah. Aku…prefect kat sekolah. Hari-hari nama kau je yang naik dalam buku rekod disiplin. Demerit entah berapa banyak bebudak aku bagi.” Omel Azar dengan wajah mencuka. Que menyengih. Ek?
“Haa…tu kau berurusanlah dengan vice head girl kesayangan korang. What’s her name? Ah, Izyan Akasyah. Dia yang bertanggungjawab buat aku jadi popular dalam buku rekod disiplin.” Que mengoyak senyuman tanpa perisa. Azar menggelengkan kepalanya.
“What’s your problem? Kau ada cari gaduh dengan kak Syah ke?” soal Azar dengan dahi dikerutkan. Que menjungkitkan bahu.
“Dahlah. Aku nak layan Bleach. Nak join tak?”
“Of courselah. Ingat boleh lepas ke? Dahlah hari ni Ichigo lawan dengan Zaraki Kenpachi. Gilalah! Boleh kemaruk aku macam ni.” Azar menyengih. Que tergelak kecil. Anime maniac in da house!
“Okay…let’s conquer the tv. Mama…orange juice please…” laung Que dari arah luar rumah.
“Buat sendiri.” Balas Puan Zarina.
Terburai tawa mereka bertiga mendengarkan jawapan Puan Zarina. Hmm…dah agak! Saja je nak test. Mana tahu kot-kot mama tetiba je nak buatkan air. Hehehe…pemalas!


p/s : jika ada sambutan saya akan sambung... ^_^