بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ.
Hari ini jadual aku agak pack and hari yang betul2 sedih bagi aku disebabkan malam tadi aku mimpi ayah aku... huhu seriusly bangun2 saja dari tidur terasa ada air mata yg keluar.. i dont have idea why.. mungkin sebab rindu.. ya aku rindu ayah ngn mak aku di kampung.. event aku suka gaduh dengan ayah tapi ala gaduh2 manja ja pon.. x lekat di hati pon.. aduhh aku mmg sangat rindu both of them.. lagi sedih sebab tinggal lagi beberapa hari birthday my lovely mom n aku x dapat nak celebrate.. damn... dan untuk itu aku nak kosongkan sedikit info pasal wanita atau lebih tepat lagi ialah ibu.. x kira la mak,mummy,bonda,umi,mama ataupon mother yang aku culik dari cik google.... harap korang sudi baca..
RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa
memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit
bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses
pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali
wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini
terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2
pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses
yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu
berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu
mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan
untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di
dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya
kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum,
boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat
membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan
mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu
bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu
persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda
hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam,
mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban
tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat
difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa
tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim
anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap
detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini
semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak
tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2
kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit
perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa
syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
# pesanan aku walaupon kita golongan wanita ni selalunya dianggap kelas kedua mean dibelakang lelaki tapi ingat kita bukan KELAS KEDUA tapi kita diKELAS TERSENDIRI.. tu kata matlutfi.. :)
proud to be a women.. wanita tu insan terpilih..
lastly ingatlah kita hanya ada sorang mak saja di dunia.. apa salahnya kita gembirakan hati dia hingga hujung nyawa.. Ammiinn ~
 |
| semagatku untuk teruskan perjuangan |
 |
| tanpa mereka aku tiada didunia |
|
|
emak,
redhamu redha Allah, murka mu murka Allah
ayah,
antara hero yang paling aku kagumi,
yang paling tabah pernah aku kenali,
amanahnya dilunaskan dengan baik sekali,
hatinya semangat wajah dengan berkorban
mencari rezeki untuk anak dan isteri.
mak dan ayah dikaulah insan yang teristimewa kurniaan Tuhan di hati dan sanubariku ini..
Terima kasih ya ALLAH dengan kurniaanmu..
1 comment:
hu..hu... sedih ooooo
Post a Comment