Motivated story in Life


Bismillah



1. Everyone Has a Story in Life

A 24 year old boy seeing out from the train’s window shouted…
“Dad, look the trees are going behind!”
Dad smiled and a young couple sitting nearby, looked at the 24 year old’s childish behavior with pity, suddenly he again exclaimed…
“Dad, look the clouds are running with us!”
The couple couldn’t resist and said to the old man…
“Why don’t you take your son to a good doctor?”The old man smiled and said…“I did and we are just coming from the hospital, my son was blind from birth, he just got his eyes today.
Every single person on the planet has a story. Don’t judge people before you truly know them. The truth might surprise you.

2.Potatoes, Eggs, and Coffee Beans
Once upon a time a daughter complained to her father that her life was miserable and that she didn’t know how she was going to make it. She was tired of fighting and struggling all the time. It seemed just as one problem was solved, another one soon followed.
Her father, a chef, took her to the kitchen. He filled three pots with water and placed each on a high fire. Once the three pots began to boil, he placed potatoes in one pot, eggs in the second pot, and ground coffee beans in the third pot.
He then let them sit and boil, without saying a word to his daughter. The daughter, moaned and impatiently waited, wondering what he was doing.
After twenty minutes he turned off the burners. He took the potatoes out of the pot and placed them in a bowl. He pulled the eggs out and placed them in a bowl.
He then ladled the coffee out and placed it in a cup. Turning to her he asked. “Daughter, what do you see?”
“Potatoes, eggs, and coffee,” she hastily replied.
“Look closer,” he said, “and touch the potatoes.” She did and noted that they were soft. He then asked her to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg. Finally, he asked her to sip the coffee. Its rich aroma brought a smile to her face.
“Father, what does this mean?” she asked.
He then explained that the potatoes, the eggs and coffee beans had each faced the same adversity– the boiling water.
However, each one reacted differently.
The potato went in strong, hard, and unrelenting, but in boiling water, it became soft and weak.
The egg was fragile, with the thin outer shell protecting its liquid interior until it was put in the boiling water. Then the inside of the egg became hard.
However, the ground coffee beans were unique. After they were exposed to the boiling water, they changed the water and created something new. 
“Which are you,” he asked his daughter. “When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a potato, an egg, or a coffee bean ? “
Moral:In life, things happen around us, things happen to us, but the only thing that truly matters is what happens within us.
Which one are you?

Salam 14 Ramadhan

hari ni terdetik d hati nak jenguk blog yang dah agak lama berhabuk.. alamaklumla sebelumny "BUSY" dengan assigment bagai...kahkahkah.. yoyo ooo ja kan.. padahal mengulor ja lebih.. okk  sekarang officially dah tamat!! finally im free.. dah habis belajar tapi (sobsob) sekarang masih gigih nak habiskan praktikal yg masih berbaki 3 bulan... ohh boleh bayangkan tak mcm mana rasa praktikal masa bulan puasa... Boring!!! yess sebab asyik tengok movie ja (punya la tak ada kerja)..

kahkahakah berani  la buat gitu sebab bos tak ada... ni pon curi curi online blog padahal staf ada kat sebelah.. (shuuu) ...

ok meh aku cerita sikit pasal praktikal kat sini.. memang tak dapat dinafikan keja kat sini best walaupon boring sebab tak banyak kerja sebab sini akan sibuk bila adanya event besar yang melibatkan ministry and state.. ok lupa bgtau aku intern dekat tourism malaysia.. hoho.. actually best sebab kau akan jumpa mcm macam orang masa kau berurusan nanti..

Ok back pada cerita aku. sini kenapa aku kata best sebab mula mula datang sini masa first intern pon dia punya suasa kerja tu dah happening. sebab almost semua staff dia kepala ting tong mcm aku.. boleh bayangkan tak masuk masuk ja dah boleh menyembang mcm jiran sebelah rumah engkorang.. haa engko tanjat boboy kejap... tapi aku layankan ajo.. kan hakak mesra alam bila orang mesra alam dengan hakak. Gituu

TM ni actually kecik ja sebab ada 9 orang staff ja kiranya masuk aku yg nyemak ni jadi 11 orang la.. hahak.. haa peningkan.. kenapa 11 sebab ada sorang lagi budak praktikal yg nyemak mcm haku...
Mula dari bos yang super sporting kata diorang sebab aku belum jumpa (nebes pulok). timbalan pengarah kakM yg ok boleh masuk kepala  dan anak anak hayam nya (opps) tak i mean staff yang lain pon okey ja.. cuma ada sorang staff yang baru masuk dan aku still nggak bisa ngam gitu sebab tersangatlah DIAM... aku dengan diam memang tak ada kimia la...

itu ja la kot sebab pegawai dah jeling jeling manja dekat haku.. nnti aku merepek lain.


p/s : PUASA TAU!

Tetamu Subuh



Memang bengitu nyaman untuk terus mengerekot di bawah tebaran selimut daripada menjadi tetamu subuh dirumah Allah. Dan entah kenapa selimut itu seolah beratnya berganda tatkala pagi yang hening...

                "Astaghfirullah...." . Azam bingkas bangun. Matanya memandang sekeliling. Biliknya gelap. Selesai bersugi dia pantas mencapai kopiah di mejanya. Dua orang teman sebiliknya Hakim dan Badrul dikejutkan. Diajak melangkah ke surau bersama. Itulah rutin paginya. Namun ajakannya disambut dingin, sedingin embun subuh. Itu juga rutin tapi rutin mereka berdua.

                Ayunan langkah laju. Sepanjang jalan ke surau dia tidak habis-habis beristighfar. Hari ini dia terlewat . Kelewatannya bukan satu kebiasaan. Penyesalan memutik dihati. Ya Rabb, pagi ini aku tidak sujud padamu dalam tahajud. Malah aku tersungkur sujud di atas katilku sendiri. Nafasnya dihela panjang. Tiba di surau, pantas diletakkan capalnya di rak nombor tiga yang paling bawah. Rak kebiasaannya. Mudah untuk dia mengingati di mana dia letakkan capalnya malah rak itu sentiasa kosong. Jemaah selalunya lebih suka membiarkan sepatu mereka di kaki lima surau. 

*************************************************************************

               " Boleh aku tanyakan  sesuatu Zam? " Kamal membuka bicara usai solat subuh yang diimankan Azam. " Soal kelewatan aku tadi ? " Tebak Azam. Kamal mengangguk. "Hmmmm..... aku terlewat bangun kerana khilaf aku sendiri. aku lewat tidur malam tadi Mal. Hasilnya tahajutku tidak terdiri. Malah aku sampai ke surau saat solat subuh mahu dimulakan."

                   " Tak apa, jadikanya Ibarah Zam. Sekurangnya masih dapat berimamkan kau. " Kamal memaut bahu Azam. " Kau ni Mal. Lepas ini kau jadi imam pula tahu.... tak boleh dalih lagi. " Azam tersenyum. Senyuman yang menyejukkan hati. Ukiran senyuman yang cukup disenangi sahabat-sahabatnya. Kamal membalas senyuman itu. 

**************************************************************************

                    Tengah hari ini bandar Kubang Keian seakan membara. Sinaran matahari memijar terus dari petala langit. Mujur hari ini hari libur. Hakim baru pulang dari kafe. Peluh membutir pada wajahnya yang kemerahan dek sengatan matahari. Badrul dan Azam memandang gelagat Hakim yang mengipas-ngipas tubuhnya. 
         
                  " Eh kau orang ada dengar cerita terbaru di kolej kita ni ? Gempar tahu satu U kita!. Kecoh subuh tadi ada budak kemalangan di simpang surau murni tu. Dikejar hantu katanya. Tiada berita pula apa jadi padanya lepas itu." Terang Hakim panjag lebar. Badrul menelan liur antara percaya dengan tidak. " Wah seram betul tu Kim. Kau tidak gerun Zam ?" Badrul mengangkat kening. Azam mengukir senyuman. "kesahihan cerita itu masih belum terbukti. Tiada apa yang perlu digeruni Bad. Sungguh kegerunan itu aku pulangkan kepada Allah SWT" Sememangnya  dari pagi lagi Azam sudah terdengar khabar angin itu yang entah terbang dari mana. 

**************************************************************************
                      Bilangan jemaah subuh kian parah. Masing- masing terhambat dek cerita hantu itu. Ada sahaja cakap-cakap seolah mahu menggugah iman Azam. " Kau tidak takut Zam. Subuh dibilik saja Zam". "Bahaya la Zam. Tunggu la sehingga cerita hantu itu reda baru kau ke surau. Bukannya ramai pun jemaah di surau tu yang kau beriya-iya mahu imamkan". " Jangan berlagak  benar la Zam pergi surau seorang diri nanti dikejar hantu baru tahu kau." Namun kata-kata itu hanya omongan kosong di cuping telinganya. 

                    Hari - hari berjalan seperti biasa. Subuh warga kolej Murni masih berimamkan dia. Hari demi hari keserasiannya dengan Hakim dan Badrul semakin selesa. Usaha Azam mengajak Hakim dan Badrul solat subuh di surau membuahkan hasil. Nampaknya Kiash hantu itu kalah dengan keimanan mereka yang mula menumbuh subur. 

                 Subuh itu Azam melangkah ke surau ditemani Hakim dan Badrul lagi. Sedikit lewat dek menunggu Badrul. Iqamat sudah kedengaran. Nampaknya Kamal harus jadi imam hari ini. Getus hati Azam. Hujan melebat. Renek-renek hujan yang kasar menderakan aliran parit dibawah laluan kecil yang mereka tempuhi. "Aduhhh!! Bad! Zam! Tolong aku!!" Ternyata Hakim ditimpa musibah. Dia tergelincir ke dalam parit dek selut tanah yang licin. "Paut akar pokok tu kuat-kuat Kim. Aku turun tarik kau!" Azam membalas. Cemas. Tiba-tiba, arus parit kian menderas... "Hakim!!!"

****************************************************************************

                         Subuh ini heningnya teras menyapa jiwa. Seisi alam seolah tertimpa sesuatu. Dahan pepohon melambai sayu. Bulan bagaikan tersandar kelam di sebalik awan. Azan yang terlaung benar-benar menyentuh nurani. Yang terdengar tanpa ada sebab menerbitkan air mata. Ikut terbawa sayu dengan panggilan sujud itu.
Ternyata yang melaungkan azan turut sama mengesat tangis. Kamal tiba di surau. Dari kaki lima dia terpandang rak nombor tiga. Ada dua pasang capal. Nafasnya ditarik  dalam.

                 Alunan suara Kamal disulami kesayuan. Suara jemaah yang mengaminkan bacaan ummul kitabnya subuh itu menggema surau malahan segenap kolej Murni. Dua orang sahabat di saf pertama tidak tertahan sebaknya. Sepanjang dua rakaat itu kamar mata mereka terus basah. Warga Murni sedar mereka diimamkan orang lain, tak lagi seperti semalamnya. Bukan seperti biasa. Kerana imam yang sangat  mereka kenali suaranya itu tidak bisa hadir. Kali ini bukan kerana terlewat tetapi kerana pergi menemui Ar Rahman. hanya demi membantu sahabatnya yg tertimpa musibah subuh semalam. Siapa menyangka dia sendiri yang terjatuh ke dalam parit. Tembus di dadanya kayu yang sedia terpacak di bawah arus parit yang menderas.

                        Terya dia bukan 'pergi' dek dikejar hantu mahupun dicekik hantu sama sekali seperti yang mereka acapkali takutkan. Dia 'pergi' kerana menolong sahabat yang mahu sama ikut bersubuhan di rumah Allah. Mulai subuh ini surau Murni kehilangan seorang tetamu subuh yang setia. Namun surau Murni juga menerima dua orang lagi tetamu subuh baru yang turut mahu setia. Mungkin sahaja bakal imam baru. Wallahuaklam.. 
         Tamat
**************

-karya Rozanah Abdul Ghani- (2014)