Bekas Nasi Goreng Amira

Satu kisah yang benar-benar menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Membaca kisah kesusahan orang lain tanpa kita menduga air mata ini mengalir. Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.
nasigorengSampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..
Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..
Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..
Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??
Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..
Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..
Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..
Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..
Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..
Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..
ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..
Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..
Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?
Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..
Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..
Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..
Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..
Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..
Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..
Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..
Terima kasih.

Tafsiran mimpi..





asalamualaikum...
selamat pagi...
err actually eden masih di kelas masa tengah merepek ni... hahahaha agak terukkan.. well presentation dah habis so dah bila datang dengan tujuan nak ambik attendent ja mcm ni la jadinya... muahahahaha... (gelak jahat).. ok baru mukadimah.. tujuan asal nak menaip ni sebenarnya nak kongsi pasal mimpi... ya lately den selalu mimpi,,, mimpi apa biarlah rahsia... kuwang3.... disebab mimpitulah den terpikir nak mencari tafsiran2 mimpi menurut islam.. so dengan bantuan pakcik google yang agak setia dapatlah den kongsi dengan blog den ni... so kalau rasa tanpa segan silu tu bacalah... ngeh2...


  • mimpi baju koyak

ok kalau korang mimpi pasal ni kan itu merupakan satu pertanda yg x baik yang mana akan ada fitnah atau khabar yg buruk terutamanya bagi para pemimpin kerana disebabkan oleh orang yg x berpuas hati dengannya. so hati-hati ya.
      note : selalu x mimpi baju koyak pasal bila koyak je mmg realiti... muahahah

  • mimpi pakai baju baru
yang ni mesti selalu kan terjadi.. ok jika korang mimpi pakai baju baru yang bewarna warni atau corak yang unik berkemungkinan korang akan dapat hadiah berupa wang x lama lagi..
     note : kalau mcm nak hari2 la mimpi pakai baju baru... ahakkss.


  • tafsiran mimipi ular

haa yang ni mesti kebanyakkan nya selalu terjadikan... ok dengar ni... bagi yang belum kahwin, pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelik ular berkemungkinan atau petanda seseorang itu akan bertemu jodoh tidak lama lagi.. err sedialah anda...
tapi bagi seorang gadis yg bermimpi dikejar ular berkemungkinan akan dipinang orang tapi kalau dia yang kejar ular tu alamat mampos la ular tu.. hihik
     note : errr kalau boleh x nak mimpi ular... geli...


  • tafsiran mimpi gigi
kalau yang pon femes gak... kalau korang yang mimpi sakit gigi atau gigi mengalami perubahan warna berkemungkinandia akan ditimpa sakit yg ringan x lama lagi..
mimpi gigi dicabut atau tercabut dengan sendirinya dikatakan memberi alamat buruk iaitu seseorang itu akan kehilangan salah seorang sahabatnya.. 
    note : jangan lupa gosok gigi pagi pagi... 

  • tafsiran mimpi kahwin
jeng jeng jeng... nak tau tak... kalau korang mimpi menghadiri majlis perkahwinan mungkin membawa maksud korang akan menempuh hari baik dalam masa terdekat dengan syarat tidak ada seorag tetamu pon dalam mimpi tersebut yang memakai pakaian hitam..
kalau korang mimpi seseorang ajak kahwin tu apa lagi terima ja lah... kuwang3...
   note : hahaha terasa seronok tengok orang kahwin... opppss


nota kaki** mimpi x salah, percaya pon x salah asalkan tidak menyimpang dari hukum dan tidak terlalu obses..  sekian.


                               .......TO BE CONTINUE......

dinner back to school.

assalamualaikum dan selamat pagi...

hai hai hai...

malam sabtu lepas kawan2 den ajak join dinner untuk kolej kitaorang.. kalau diikutkan hati err bukan..kalau diikutkan poket den yang dah kopak ni mmg x nak join pada mulanya almaklumlah hujung2 sem ni tapi sebab dah dijanjikan penempatan untuk budak2 first year so dengan pantasnya kitorang tulis nama..
den yang xpenah2 menempak makeup kat muka cuba2 la pakai benda alah tu pada malam kejadian... fewww rasa tebal ja muka... tapi mcm magic pulak... sapakah yg didepan cermin itu... wah poyo pulak... hewhewhew...

tadaaaaa
err ni buka gyomi ok.. 
sahabat aku nilah yang ada masa aku susah dan senang... comelkan dia... tapi sorry sudah berpunya... haaha

kami agak gila bergambar sikit... errr
sebelum nak pegi tu hujan la pulak so kami g la ambik payung... tapi punya la malas nk naik tangga so kitaorang suruh ja member campak kan apa lagi berderai la payung tu... hujungnya patah... hihik... tapi makcik fyqa ni pi capture gambar den tanpa sedar.. ish3... btw thanks la sahabat... cun tu... *perasan*


lawak kan dengan kain mcm tu... alahaiii

ok la mmg agak best jugak la dinner tahun ni... ad artis jemputanEBI AF.. so sempat la dengan muka x malu den pegi capture gambar dengan dia.. tapi gambar tu masih apa pada kawan den.. hahaha paling best bila meja kami yang paling cepat habis hidangan... mau taknya makan dah mcm orang somalia x jumpa makanan... heeee apa boleh buat perut kitorang x leh bawak pegi dinner bah... btw ada mcm2 persembahan jugak yg bombastic...  
lupa pulak nak cakap theme kitorang "back to school"... tapi kami lari tema sikit... bahahaha ada kami kesah... 
 masa orang makan kami sempat capture gambar lagi heee.. suka2... apa2 dinner mmg terbaik la... 

nak balik pon kami ambik gambar lagi... hee smile
ok la sampai sini dulu... ketemu lagi... daaaa