LEMONADE 4


BAB 4

Syah melangkah laju meninggalkan perpustakaan sekolah setelah hampir dua jam dia bertapa di dalamnya. Sengaja dia balik lewat hari itu. Kononnya nak belajar. Tapi, malang betul! Satu apa pun tak masuk dalam kepala otaknya. Kata-kata Sofea pagi tadi masih terngiang-ngiang jelas di telinganya.
“Hari-hari kau bergaduh dengan Que. Kau tak takut ke?” soal Sofea sambil membetulkan rambutnya yang serabai akibat ditiup angin. Syah menjungkitkan keningnya.
“Takut? Why should I?” Syah tayang muka pelik. Sofea menarik nafas dalam.
“Yelah. Orang kata, kalau selalu gaduh, lama-lama boleh jatuh sayang. Cinta.” Selamba Sofea menuturkannya. Tersedak Syah mendengarkan ayat yang meluncur keluar dari celah bibir Sofea. What? Sayang? Cinta? Melawak apa budak ni?
“Kau nak buat lawak ke, Ya? Eee…tak nak aku. Perangai dah macam hape je. Tu…tinggal nak kena humban dalam lori DBKL je.” balas Syah dengan nada meninggi. Entah apa-apa punya soalan. Macam tak tahu pulak betapa menyampah, anti, benci dan sewaktu dengannya aku dekat manusia bernama Syed Ashraf Naqiuddin. Macamlah baru hari ni dia kenal aku. Masalah!
“Takdelah. Aku cakap je. Hari-hari aku tengok kau lawan mulut dengan dia. Korang tak penat ke?”
“Hmm…dahlah. Drop the subject. Jomlah. Aku nak makan laksa hari ni.”
“Ok”
Mengingati semula perbualannya dengan Sofea seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahannya terhadap lelaki itu. Syah mengeluh kasar. Apa punya soalan? Sayang? Cinta? Yucks…Macam takde mamat lain kat sekolah ni. Syed Ashraf Naqiuddin? Hmm…boleh bla! Baik aku couple je dengan adik dia tu. Comel pun comel. Perangai pun okay. Takdelah menyakitkan hati macam mamat tu. Syah terus mengomel di dalam hati. Semakin hari, perasaan tidak puas hatinya terhadap Que makin menggunung. Kalah Gunung Everest.
Langkah kaki yang diatur makin lama makin perlahan. Otaknya ligat berfikir tentang masalah yang melanda dirinya dan Que. Entah kenapa mereka berdua langsung tak boleh berjumpa. Senang cerita langsung tak boleh ngam. Macam ada jurang yang memisahkan mereka berdua. Tapi, apa ek? Tiap kali tengok muka dia je, mesti temperature kemarahan aku naik sampai ke kepala. Masalah! Boleh sakit jiwa aku macam ni.
Syah membetulkan lipatan tudungnya. Sesekali anak matanya melilau ke arah sekeliling landskap sekolah itu. Cantik! Pujinya. Sejuk mata memandang. Kurang sikit bebanan yang ditanggung dek otaknya. Persoalan yang sedari tadi berlegar-legar di ruang kepalanya terus lenyap di bawa ketenangan landskap sekolahnya. Selaku vice head girl di sekolah, dia langsung tak punya masa untuk bergelak tawa dengan rakan-rakannya. Busy memanjang. Kadang-kadang tu, ingin sahaja dia melepaskan jawatan yang dipegangnya. Namun, memikirkan tentang harapan cikgu yang telah memberinya jawatan itu, terus niatnya itu dilupuskan. Tak guna dia mengeluh.
Sebaik sahaja langkah kakinya menghampiri satu kawasan yang agak tersorok, terdengar gelak tawa sekumpulan pelajar lelaki dari celah rimbunan pokok yang ada. Timbul perasaan ingin tahu di benaknya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri rimbunan pokok itu. Dia memasang telinga.
“Wei, kau ni…sorok-soroklah sikit.”
“Aku tahulah. Gilalah kau! Stok untuk sebulan ke ni?” ujar satu suara dengan nada gembira. Syah jungkit kening. Macam kenal je suara ni.
“Kau bayar, aku belikan. Hahaha…tengok oranglah beb!” sela satu suara lagi. Sekali lagi kening Syah terangkat. Erk…suara ni, bukan ke suara…Syah melangkah setapak lagi. Cuba untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan mereka. Berhati-hati dia melangkah. Prakkk! Bunyi ranting patah jelas menampar cuping telinganya. Syah menepuk dahi. Masalah!
“Que…ada orang.”
“What? Shit? Bla…” arah Que tergesa-gesa. Cepat-cepat plastik hitam yang terletak elok di atas tanah dicapai. Kelam-kabut Que cuba melarikan diri. Spoil! Syah yang masih berdiri terpaku di situ cepat-cepat membuka langkah. Cuba untuk mengejar. Tapi…wargh! Kenapa mesti time urgent macam ni takde PJ? Senang aku nak kejar dengan seluar. Koyak jugaklah kain baju kurung aku ni. Ah, gasaklah! Mana boleh biarkan dia macam tu je.
Berlakulah insiden kejar-mengejar di taman mini sekolah itu. Termengah-mengah Syah mengejar. Cuba untuk menyaingi langkah Que di hadapannya. Mamat yang sorang lagi entah ke mana lesapnya. Syah malas nak ambil tahu. Yang paling penting sekarang ni, taiko besar kena tangkap dulu. Baru tangkap konco-konconya.
“Syed Ashraf Naqiuddin. I said stop.” Laung Syah dari arah belakang. Que mendengus kasar.
“For what? Supaya senang kau tangkap aku and hantar kat cikgu Ainon? Hahaha…you wish!” balas Que dengan nada mengejek. Syah mengetap bibirnya. Kuat. Geram.
“Que…I said stop or…” sengaja dia meleretkan ayatnya. Que menghentikan langkahnya. Tubuhnya dipalingkan ke belakang. Menghadap Syah yang tercungap-cungap mengawal pernafasannya yang berombak. Syah tersenyum nipis.
“Haa…kan senang macam ni. Tak payah susah-susah aku nak kejar.” Sinis Syah menuturkannya. Que tergelak besar.
“Yup. Amat senang.” Balas Que dengan senyuman sinis bergayut di bibirnya. Langsung tiada riak takut atau cuak atau yang seumpamanya pada wajahnya itu.
“Apa dalam plastik tu?” Syah menjuihkan bibirnya ke arah plastik yang dipegang oleh Que. Que angkat kening.
“Ni?” plastik itu diunjukkan di hadapan Syah. Syah mengangguk.
“Erm…just a man stuff. Kenapa?” Que tayang muka innocent. Syah jungkit kening. Man stuff heh?
“Can I see it?”
“Huh? See what?”
“Tu…that plastic bag. Can I?” pinta Syah dengan muka selamba ciku. Que sengih.
“Sure…tengoklah.” Plastik hitam ditangannya dihulurkan kepada Syah. Syah mencapainya. Beg plastik bertukar tangan. Perlahan-lahan Syah membukanya dan…
“What is this?” Terbelalak biji mata Syah melihatkan isi di dalam beg plastik itu. Que tergelak besar. Lawak…lawak…Syah panggung kepala. Anak matanya tajam menikam sepasang anak mata Que yang hitam memikat. Que menyengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
“Que! Is this some kind of jokes?” jerkah Syah dengan biji matanya terjegil memandang Que. Que masih lagi dengan tawanya. Hahaha…1-0. Syah mendengus keras. Que senyum kambing.
“Kau yang nak tengok sangat. Aku tak paksa.” Selamba Que membalas. Betul-betul takde perasaan. Syah mengigit bibir. Perasaan marahnya yang sudah hilang, kembali marak melihatkan keselambaan yang ditayangkan.
“Take it back. You such a…”
“Hmm?”
“Urgh…dahlah. Get lost!” bentak Syah dengan nada meninggi. Que menjungkitkan bahunya. Beg plastik, bertukar tangan. Que tayang gigi. Mukanya still maintain selamba. Syah bertambah bengang.
Dengan sisa tawanya, Que melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Sebelum berpaling, sempat dia bersuara. Menambahkan lagi gelodak kemarahan di hati Syah.

“Lain kali cik Izyan Akasyah. Jangan asyik nak mencari kesalahan aku je. See…sekarang kau sendiri yang malu. Erm, by the way…nak aku belikan choki choki untuk kau jugak ke?” Terbahak-bahak Que mentertawakan Syah. Dia terus mengorak langkah tanpa mempedulikan Syah yang sedang menahan amarah yang semakin meluap-luap. Wajah kuning langsat Syah merona merah menahan malu. Tak guna kau, Que!

...................................................................................................................................................................

Kasihnya seorang Isteri



Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.. Moga menjadi teladan kepada isteri-isteri dan bakal isteri diluar sana.. 

LEMONADE BAB 3

BAB 3

Televisyen yang sedang menyiarkan rancangan Tom Tom Bak langsung tak menarik minatnya. Kalau nak diikutkan, rancangan yang tersiar di hadapannya ibarat nadi bagi hidupnya. Sehari miss, rasa macam nak mati je tapi entah kenapa hari ni…moodnya hilang. Kosong. Empty. Perasaannya masih berbuku dengan perasaan marah yang meluap-luap. Tak tahu nak dilepaskan pada siapa dan pada apa. Semalam je, tiga balang biskut raya tahun lepas yang tak sempat dihabiskan, licin dibedalnya. Tak cukup dengan itu, 30 kali aiskrim vanilla kegemarannya disuapkan ke dalam mulut. Hah! Apa lagi? Dah banyak benda impossible dilakukan, tapi…entahlah! Perasaan marah tu tetap ada. Argh…raung Izyan Akasyah.
Bantal berbentuk bujur yang dipegangnya sedari tadi dibaling ke arah dinding. Melepaskan kegeraman yang masih berbuku. Izad Erwan yang sedang menonton rancangan di hadapannya tersentak. Wajahnya ditoleh ke belakang. Apahal pulak adik aku ni?
“Hoi…kenapa? Tekanan perasaan melampau ke?” sinis Ijat menyoal. Izyan Akasyah menjeling tajam. Banyaklah dia punya tekanan perasaan melampau. Aku tengah tensionlah!
“Wei…Syah. Kenapa? Probs lagi?” soal Ijat sambil berjalan merapati Izyan Akasyah yang sedang duduk bersila di atas sofa berwarna hijau lumut. Izyan Akasyah menghela nafas. Dahinya berkerut. Pening!
“Syah!”
“Hmm?” gumamnya perlahan. Takde mood la.
“Probs lagi ke? Que?”
“Like usuall. Dah bosan. Sakit hati. Sakit jiwa. Boring.” Luah Izyan Akasyah geram. Ijat ketawa kecil. Tak habis-habis.
“Cubalah slow talk dengan dia. Asyik garang macam rimau je. Dia pun boringlah.” Izyan Akasyah mencerlung marah. Ek ena abang ni…mengutuk aku pulak dia. Huh!
“Tengok tu. Tegur sikit, buat muka. Lagilah si Que suka menyakat.” Usik Ijat dengan keningnya sengaja dijungkitkan. Izyan Akasyah menggigit bibirnya.
“Abang ni…selalu macam ni. Nak berpihak dengan pihak lawan buat apa? Adik sendiri tak nak protect. Orang luar jugak dipertahankan.” bentak Izyan Akasyah tak puas hati. Wajahnya ditalakan ke arah tingkap yang terbuka luas. Menjemput masuk angin pagi. Ijat tergelak kecil. Merajuklah pulak.
“Bila masa abang back up Que? Hmm? Cuba bagitahu. Bila?”
“Tadi…” tanpa nada Izyan Akasyah menjawab. Lemah. Ijat mengoyak senyuman nipis. Touching la pulak.
“I’m saying the truth, my dear. Memang pun. Garang sangat. Macam rimau. Lagilah suka si Que tu mengusik. Guys…it’s hard to understand. Only men knows…” ujar Ijat selamba. Izyan Akasyah menarik muncung sedepa. Tak habis-habis backing kaum dia. Bosan!
“Izyan Akasyah…listen here. Kalau Syah buat muka sardin ni…lagi seronok Que usik tau. Lelaki ni…makin orang tak suka, lagi diorang buat. Contoh utama…abang!” Ijat tayang gigi. Izyan Akasyah tersenyum nipis. Tau takpe!
“Haa…kan comel senyum macam ni. Sure Que cair.”
“Heh! Tak ingin. Perangai dah macam nak kena humban dalam lori DBKL buat apa?” jerkah Izyan Akasyah. Ijat tergelak besar.
“Abang…orang seriuslah.”
“Ok…ok…dahlah. Layan Tom Tom Bak lagi bagus daripada layan ketidakpuasan hati Syah tu.” Ijat tersenyum nakal. Izyan Akasyah mendengus. Asyik nak mengenakan aku je. Anak matanya ditalakan ke arah skrin televisyen di hadapannya. Sesaat kemudian, meletus tawa kecil dari celah bibirnya.
“NAQI…kau ni…tak patutlah buat dia macam tu. Apa salah kak Syah kat kau hah? Dia ada buat hidup kau susah ke? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup dia. Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah pun terbabit sama.” Bagaikan mesingan Azar meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Que tayang muka selamba. Langsung tak bersalah. Kata-kata Azar ibarat angin lalu pada pelupuk telinganya. Anak matanya masih setia pada skrin televisyen di hadapannya. Telinga kanannya pula disumbatkan dengan headphone. Azar gigit bibir. Geram.
“Naqi…I’m talking to you.” Bentak Azar.
“Heh! You sounds just like her. Bolehlah kahwin. Secocok.” Ujar Que tanpa perasaan. Wajah Azar yang sedang duduk bersila di sebelahnya langsung tidak dipandang. Azar tarik nafas dalam. Sabar…
“Naqi…boleh tak dalam sehari kau tak buat kak Syah bengang?” pinta Azar dengan wajah mengharap. Sakit telinganya bila tiap kali bertembung dengan Izyan Akasyah, berbakul-bakul sumpah seranah dan aduan yang dihamburkan buat abangnya yang satu itu. Que itulah, Que inilah. Argh…tension!
“Apa kau cakap tadi? Kurang jelaslah…”
“Jangan buat kak Syah bengang. Just for a day.” Ulang Azar dengan nada yang sengaja ditekankan. Que masih dengan muka selamba badaknya. Terangkat-angkat keningnya memikirkan permintaan adiknya itu. Just for a day huh?
“I hope I could say yes. But…sorry. Tak boleh!” Azar menggenggam erat jari-jemarinya. Perasaannya berbaur antara bengang, marah, kecewa dan stress dengan gelagat abangnya yang seperti tiada perasaan itu. Apalah masalah abang aku yang sorang ni? Entah apalah yang dia tak puas hati dengan kak Syah.
“Kenapa dengan kau ni? Apa masalah kau sebenarnya?”
“Kau tak payah sibuklah, Zar. Masalah aku. Bukan masalah kau.”
“Memanglah. Tapi, bersangkut paut jugak dengan aku. Sakit telinga aku ni bila tiap-tiap hari dia mengadu tak puas hati dengan kau. Aku peliklah dengan kau ni.” luah Azar geram. Matanya sengaja dikecilkan. Menunjukkan betapa dia cukup tak berkenan dengan sikap abangnya yang satu itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari…pasti akan ada aduan tentang abangnya. Taiko besar sekolah mereka. Bermasalah!
“Layan je.”
“Senangnya kau cakap.”
“Memanglah. Bukak mulut, cakap.” Balas Que sambil mengoyak senyuman segaris. Masih tetap dengan keselambaannya.
“Cakap dengan kau serupalah macam menempah kubur awal.”
“Hehehe…so, janganlah cakap dengan aku. Erm…adik mana?” Matanya melilau mencari kelibat Qis. Azar mengeluh lemah.
“Kat dapur. Entah apa yang dia buat.”
“Hehehe…tengah belajar memasak. Bagus…bagus…”
“Dahlah. Malas cakap dengan kau. Lagi bagus buat homework.” Azar bingkas bangun dari silanya. Dia meregangkan otot-ototnya yang terasa kejang kerana terlalu lama duduk bersila. Letih. Sanggup dia duduk berjam-jam lamanya semata-mata untuk memujuk abangnya daripada berhenti menyakitkan hati Izyan Akasyah. Tapi, gagal! Heh…bazir air liur. Buat penat aku je. Buang masa pulak tu.
Terus sahaja langkah kaki diatur mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Belum pun kakinya mencecah anak tangga pertama, terdengar suara Que memanggilnya. Lambat-lambat dia berpaling.

“Kau cakap kat kak Syah kesayangan kau tu…kalau tak nak aku carik pasal dengan dia, jangan carik pasal dengan aku. Dia tak kacau hidup aku, aku pun takkan kacau hidup dia. Senang! As simple as that.” Que tersenyum meleret. Yelah sangat! Ingat senang-senang je aku akan biarkan dia hidup dengan aman? Mimpi jelah Izyan Akasyah. Ada hutang yang belum selesai dan aku akan selesaikannya tanpa kau sedari. Bisik hati kecilnya.
...................................................................................................................................................................